ANEH...DI MALAYSIA ORANG CURI BILLION DI SANJUNG MULIA... The Sabah Insider Online


( hanya di Malaysia islam hadhari)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa   November 01/2016

MALAYSIA  ini aneh undang-undangnya. Itu kekadang saya kata undang-undang  urang utan. Pencuri RM5 kerana lapar mahu makan ditangkap penjara 2 tahun ( hudud tidak begitu), sebalik orang kaya menipu mencuri billion-billion  dibiar bebas malah disanjung puja sebagai pejuang meski sebenarnya pengkhianat negara bangsa.
Undang-undang  apa semacam itu?

Islam sudah menjelaskan dan mendidik untuk jangan mencuri, jangan menipu dan jangan berbohong tetapi yang rata-rata mencuri, berbohong dan menipu ini mereka yang duduk di kerusi yang dianggap mulia dan yang dianggap harus dicontohi. Inikah ajaran Islam dan ajaran nabi junjungan kita? Tapi kalau NGOMONG hebatnya bukan main semacam malaikat alim ulama.

Memang bila kita dalam kerajaan atau menjadi ahli kabinet ada dua perjanjian/sumpah kita harus tandatangan/ satu sebagai penjawat awam/menteri dan satu lagi sumpah rahsia.

Sumpah rahsia itu ialah tidak mendedahkan sesuatu rahsia yang boleh memudaratkan kerajaan tetapi jangan lupa bersubahat dengan penjenayah itu tidak boleh dibiarkan.

Jika dalam dalam sebuah perahu itu ada yang melobangi perahu dan itu tidak boleh dibiarkan kita kena berhentikan dengan cara apapun dan yang melobangi perahu itu kena heret ke pengadilan sebab ia merosakkan dan mahu membinasakan mereka yang menumpang.

Demikian juga dalam kabinet baik negeri atau parlimen, sama sekali tidak boleh diamkan apa lagi kalau dana itu berbilion dan 53 bilion bukan sedikit dan itu cukup besar, apa lagi dana itu dimasukan ke dalam akaun dua anak raja yang tidak ada kaitan langsung dengan 1MDM. Itu dana rakyat bukan dana Perdana Menteri/PM dan bukan dana menterri-menteri kabinet.

Setiap kemungkaran dalam sebuah rumah misalnya, kena tegur dan jika yang berkenaan tidak mahu berhenti maka kena cari cara lain dan bukan mendiamkan diri begitu saja. Jika diam itu makna subahat dan sama berdosa kelak di tanya di akhirat.

Memang soal dana 1MDB itu berulang-ulang  ditanya dalam kabinet persekutuan tetapi yang saya tahu seorang Perdana Menteri (PM)  tidak memberikan jawaban malah diusaha mendapatkan kelulusan kebinet untuk didapatkan RM3 bilion dan yang diluluskan hanya RM900 juta. Bukan begitukah?

DS Shafie memang ulang kali mempersoalkan hal itu di kabinet dan bila tidak diperduli, maka ia suarakan di luar kabinet dan itu memang salah melanggar peraturan kabinet itu sendiri dan soalnya peraturan itu ciptaan manusia sedang islam sama sekali tidak mahu sesiapapun bersubahat dengan penjenayah dan jelas firman allah kita digalak berbondong-bondong  untuk sama menyokong sesuatu yang baik sebalik dilarang jangan menyokong perbuatan mungkar.

Ahli kabinet sudah jelas tahu dana 1MDB itu sebanyak RM42 bilion dijamin oleh kerajaan melalui kementerian kewangan dan kemudian Najib dalam perhimpunan UMNO 2016 berjanji akan selesaikan hutang 1MDB akhir 2016 menjadi RM17 bilion dan sekarang janji itu bukan membaik sebalik memburuk hingga hutang 1MDB sekarang melebihi RM53 bilion iaitu kerajaan kena membawa sekitar RM2.7 bilion setahun. Mana janjimu duhai seorang Najib?

Jadi, jelas kabinet yang ada bermakna subahat membiar seorang Najib sesuka hatinya mengarah pengurusan 1MDB memindah dana milik rakyat itu ke mana ia suka dan kesan penipuan itu dua bank di Singapura tutup dan kaki tangan diheret ke muka pengadilan kesan 1MDB itu sementara negara lain sedang menyaman kerana kes itu berlaku di negara mereka dan ini bukan campur tangan namanya. Kasus ini kena fahami.

Yang hairan di negara lain diambil tindakan sedang di negara sendiri dibantu oleh peguam negara dikatakan tidak ada kes malah dana RM53 bilion itu tidak boleh dibincang di parlimen. jelas kerajaan apa ini namanya? Najib dan Pandikar ingat dana RM53 bilion itu macam RM53 ringgit sahaja?

Itulah saya katakan di Malaysia ini undang2 yang ada hanya menangkap pembangkang dan jika Najib dan menteri di BN terlibat seperti kedapatan RM44 bilion di Hong Kong kesan kayu balak di Sabah semuanya didiamkan dan tidak diambil perhatian langsung.

Memang paluinya undang-undang  di Malaysia tahap bangang bin bahalol kerana hanya menangkap pencuri ayam dua tahun penjara sedang matan Menteri Besar Selangor penjara setahun dan kemudian setelah sekian bulan bebas penjara di rumah sendiri bersama anak bini pula dan rumahnya macam istana bernilai RM27 juta dan kala bertugas di Sandakan makan ambuyat tinggalnya di rumah kerajaan. Toyol!

Begitulah undang-undang  di Malaysia dan kekadang saya sendiri tidak mengerti tetapi kala pemimpin bercakap di TV selalu saja diperkatakan mereka basmi rasuah dan harusnya telus jujur dan amanah. kepala otak kamulah! perampok dan pencuri akhir zaman ekor bertahi babi