KES RASUAH PENGARAH TIMBALAN PENGARAH JAS KETUA MENTERI SABAH MEMBUTA TULI

RASUAH : KOMEN MEMBUTA TULI 
( tak tahu sistem kewangan baik diam)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Jumaat Oktober 14/2016

KES RASUAH melibatkan pengarah dan timbalan pengarah air Sabah jelas ramai sangat atau ada penulis di Sabah dan seberang membuat andaian yang AUTA dan BODOH sebab rata-rata mereka memang penulis tetapi tidak tahu sistem tadbir kewangan sebenarnya.

Ada kata DS Shafie meluluskan projek kepada kawan-kawannya dan ini jelas pandangan BODOH dan Auta dan ada juga yang mengatakan konon DS Shafie Apdal mempengerusikan mesyuarat tender. Lihatlah betapa BEBALnya mereka itu tapi berlagak maha bijak sana dan bijak sini.

Mana-mana menteri baik di persekutuan atau Negeri Sabah tidak ada kuasa meluluskan apa-apa projekpun dan yang meluluskan projek secara NEGO hanya dua manusia iaitu mereka yang duduki kerusi menteri kewangan Malaysia dan menteri kewangan Sabah, tidak lain dan tidak bukan ialah NAJIB RAZAK dan MUSA AMAN dan kelulusan itu disain oleh Ketua Setiausaha(KSU) atau Setiausaha tetap kedua Kementerian Kewangan yang berkenaan.

Mereka yang bebal kena faham ini dan jangan kasih bodoh rakyat kerana menulis yang auta dan usaha membutakan hati dan mata rakyat yang tidak tahu peraturan sistem kewangan di Malaysia.

Kedua, projek yang bukan nego/Award itu mesti diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa tender dan yang pengerusikan mesyuarat tender itu ialah KSU atau SUT kementerian berkenaan atau pegawai2 bawahan yang diamanahkan oleh KSU atau SUT. Ini FAKTA dan bukan AUTA. Penulis kena faham dan kena belajar peraturan ini sebelum menulis agar tidak dikatakan maha bebal.
Benarkah Shafie  terlibat?

Yang meluluskan projek KSU/SUT restu NAJIB RAZAK atau MUSA AMAN, kenapa pula DS Shafie Apdal yang tidak berhak melulus disalahkan? Biasa menteri2 mana-manapun hanya rekomendasi bukan meluluskan projek.

Sesiapa termasuk SPRM tiada cara salahkan DS Shafie Apdal sebab dia tidak terlibat meluluskan dan hanya salah jika duit berjuta-juta  itu kedapatan ada di rumahnya atau suku sakatnya atau dalam akaunnya sendiri. Ada bukti? Tunjuk!

Duit, geran tanah dan emas yang mendekat 200 juta itu berada di mana? berada di rumah DS Shafiekah? Bukankah di rumah Pengarah dan Timbalan pengarah Jabatan air Sabah?

Pengarah dan Timbalan Pengarah  Jabatan Air Sabah (JAS) itu memang DS Shafie Apdal tidak biasa dan gambar-gambar  membuktikan yang kenal mereka ialah MUSA AMAN sendiri sebab Jabatan Air Sabah bawah kerajaan negeri dan bukan bawah KKLW. jadi, kesan kenal itu harus menjadi asas kita mengandai bukan menuduh dan komen penulis bebal yang tidak tahu peraturan sistem kewangan jelas hanyalah royanan yang usaha mengalihkan pandangan konon menyalahkan DS Shafie yang memang tidak bersalah.

Disamping kenyataan di atas ada yang tersirat sebab ada yang menembak dua ekor burung hanya usaha menggunakan sebiji peluru kesan berebutan jawatan ketua menteri dan ada dalam parti saling menyalahkan kalangan mereka sendiri dan kesannya ada yang LONTAR BATU SEMBUNYI TANGAN. Grup mana yang menyepi?

Jika apa yang saya perkatakan ini dapat difahami oleh rakyat Sabah, maka itu sudah diketahui apa sebenarnya yang berlaku dan apakah dana itu persiapan untuk PRU-14 akan datang? Siapa mereka itu?
Mustahil yang faham fikiran saya ini masih terkial2 tidak faham atau pura2 tidak faham dan terus menyalahkan DS Shafie Apdal yang tidak bersalah?

Memang bebal dan ini jelas konspirasi dan Strategi mahu memburukan diri Shafie Apdal yang memang mengguggat kedudukan kerajaan BN di Sabah.

Berfikirlah secara bijak saja bukan secara TOLOL.