KERJASAMA ERAT ANTARA PARTI-PARTI PEMBANGKANG DI SABAH UNTUK TUMBANGKAN BN/UMNO PRU 14 The Sabah Insider Online


SUDUT PANDANGAN  EDITOR –TSI
SHAIMON S JUMADI
Isnin  Oktober 17/2016


SYABAS Datuk Seri Shafie Hj Apdal (DSSA) kerana akhirnya berjaya  menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Warisan Sabah.

Dengan tertubuhnya parti baru yang membariskan beberapa pemimpin yang terdiri daripada YB Darell Leing, YB Datuk Jaujan Sambakong, YB Junz Wong  akan menguatkan dan mengukuhkan lagi perjuangan Parti Warisan Sabah yang akan bekerjasama  dengan parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.


Apapun parti-parti pembangkang yang sedia ada ini seperti AMANAH-DAP DAN PKR (Pakatan Harapan) haruslah bekerjasama  dengan parti baru yang diasaskan oleh Shafie ini demi mengeratkan lagi kerjasama  yang kukuh  dalam  usaha sama menumbangkan UMNO/BN pada PRU14 nanti.

Pilihanraya umum (PRU14 nanti diharap tiada bertindihan berlaku kerusi yang bakal di tandingin di satu-satu kawasan seperti yang berlaku PRU di Sarawak yang  berlaku bergeseran  antara DAP dengan PKR dan akhirnya memberikan ruang dan kemenangan besar kepada calon-calon BN inilah perkara seumpama ini kita tidak mahu terjadi pada PRU 14 nanti terhadap mana-mana parti pembangkang yang meletakan calon-calonnya.

Biarlah satu lawan satu sebagai contoh kalau parti Warisan Sabah meletakan calon di kawasan Parlimen Batu Sapi maka lain-lain parti pembangkang tidak perlu meletakan calon dari partinya  sebaliknya bekerjasama membantu kempen berhabis-habisan untuk menemtang calon BN/UMNO.


Jika wuhudnya kerjasama seumpama ini maka hasrat parti-parti pembangkang di Sabah tidak kira DAP-AMANAH-PKR dan lain-lain parti pembangkang yang mempunyai niat yang sama untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO di sabah maka tercapailah niat dan hasrat itu.


Akhirnya sekali  dengan   iringan doa  semoga perjalanan Parti Warisan Sabah mendapat sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap perjuangannya dengan satu nikat satu matlamat untuk membantu rakyat Sabah. UBAH SABAH FOR SABAHAN.