II The Sabah Insider Online...KERAJAAN (KPDNKK) POTONG SUBSIDI MINYAK MASAK HARGA MINYAK TENTU NAIK .....WONG



Tinfakan kerajaan memotong subsisi minyak masak satu bebanan kepada rakyat miskin kerana harga minyak akan naik harga

OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Friday October 21/2016

SANDAKAN:- Tindakan kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bakal memotong subsidi minyak masak pada bulan depan adalah tidak munasabah  benar-benar menyusahkan pengguna khususnya rakyat seluruh Negara.
Jika subsidi minyak masak dipotong sudah pasti para peniaga akan menaikan harga minyak lebih tinggi berbanding harga sekarang 1.kg minyak masak dalam plastic dijual harga pasaran hanya RM2.50 sekampit.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt dalam satu kenyataan media dengan wartawan portal The Sabah Insider Online ketika diminta mengulas satu kenyataan  yang tersiar di akhbar berbahasa cina Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.
 Wong berkata harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat bulan depan ini berikutan pemansuhan subsidi minyak masak
“Saya telah difahamkan  beberapa kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.
Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5kg akan terus disubsidi sehingga tahun depan.
Menurut laporan itu Wong menambah  sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.
Wong menambah tindakan pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak adalah suatu tindakan yang amat keterlaluan kerana menyusahkan rakyat manalah setiap pembelian barang-barang keperluan kerajaan mengenakan GST  ini satu beban berat yang ditanggung terutama golongan orang-orang yang berpendapatan rendah memang sentiasa dalam kesusahan dan menderita.
Dalam perkembangan berkaitan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada mana-mana pembekal dan pemborong yang mengurangkan atau menyorokkan bekalan minyak masak bakal berdepan dengan tindakan tegas.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, lesen perniagaan pemborong dan pembekal  bahan itu boleh ditarik balik jika didapati mereka didapati menyorok bekalan bahan tersebut bagi tujuan mengaut keuntungan.

Beliau  juga meminta kerjasama  peruncit agar membuat laporan sekiranya kuota penghantaran barang itu  berkurangan daripada  sebelum ini.

“Saya akan mengarahkan penguatkuasa KPDNKK  pergi ke  premis-premis pembekal dan peruncit  minyak masak buat serbuan dan memastikan mereka ini tidak menyorok barang-barang.

"Apa pun yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan ketika ini harga minyak masak masih lagi berpatutan iaitu RM2.50 bagi setiap kilogram.

"Subsidi (minyak masak) itu masih lagi harga yang sama  dan tak adil kepada rakyat sekiranya ada pihak yang menyorok bekalan," katanya  selepas melakukan pelaksaan Skim Kawalan Harga sepena Perayaan Deepavali, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas subsidi minyak masak akan dimansuhkan mulai November depan yang menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp

Hamzah berkata,  pada masa ini tiada sebarang aduan rasmi diterima berhubung perkara itu dan pihaknya akan bertindak dalam kadar segera dengan  menghantar penguatkuasa untuk melakukan siasatan segera apabila menerima laporan.

Menurutnya, pemborong dan pembekal yang menyorok bekalan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukaman denda RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, Kementerian mengenal pasti sebanyak 18 jenis barangan bagi pelaksanan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016.

Kategori barangan  harga barang kawalan  terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering dan daging kambung bagi pelaksananan skim pada tahun ini.