ADUN KADAMAIAN DAN MP KOTA BELUD GAGAL MEMBERIKAN KEMUDAHAN ASAS DIKG LAHANAS SOKID

OLEH: THOMAS SINGGIUK
SHAIMON S JUMADI
FOTO: KOTABELUDKINI

JALAN GRAVEL.....52 tahun Sabah merdeka tiada apa yang dibanggkan lihat jadi ini apa sudah jadi mana ADUN dan MP Kota Belud

KOTA KELUD:- Keseluruhan rakyat Sabah telahpun mengecapi kemerdekaan 52 tahun akan tetapi dalam mengecapi kemerdekaan  tiada apa yang boleh dibanggakan bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman.

Dalam kawasan pedalaman  masih yang banyak serba serbi kekurangan antaranya Jalan Raya belum dinaik taraf, bekalan Elektrik belum ada yang sampai begitu juga bekalan air bersih seperti paip air.

Kampung Lahanas Sokid dalam kawasan DUN Kadamaian kalau cakap pasal kemudahan asas memang masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kampung-kampung lainnya.

Contohnya Jalan Raya yang ada sekarang dikampung Lahanas Sokit adalah jalan gravel kalau untuk laluan kenderaan kancil sudah tentu tidak boleh menggunakan jalan yang rosak teruk itu.

Apa lagi kalau dimusim hujan seperti pada masa kini sudah tentu jalan itu tidak boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan biasa ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan Pacuan 4 Roda (Double Cap) saja kalau lain-lain kenderaan amat berbahaya.

Menurut laporan rasmi Kotabeludkini sebenarnya semasa kempen PRU13 lalu calon BN yang berkempen masuk kampung keluar kampung telah berjanji bahawa jika calon BN memenangi kerusi DUN kah atau MP mereka akan memajukan kampung Lahanas Sokid dalam memberikan pelbagai kemudahan asas untuk dinikmati oleh penduduk kawasan Kadamaian.

Tetapi janji tinggal janji sedangkan jalan raya rosak sudah lebih 100 kali dibagi tahu sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan diambil oleh para pemimpin BN sama ada ADUN ataupun MP.





No comments:

Post a Comment