WONG….UNTUK ELAKAN DIJANGKITI WABAK ZIKA MPS HENDAKLAH MENINGKATKAN PENJAGAAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR




OLEH: SHAIMON S JUMADI
Khamis September 08/2016

SANDAKAN:- Untuk mencegah dijangkiti wabak baru yang disebut Zika  yang kini telah melanda di Negara kita khususnya di Sabah agar virus tersebut tidak menular ke daerah Sandakan.

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt  menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakah (MPS)  agar meningkatkan  khidmatnya dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

Dalam masa yang sama Wong  menyatakan rasa  tidak berpuas hati dengan MPS selepas mendapati keadaan saliran perparitan di beberapa kawasan yang penuh dengan rumput panjang dan sumpah - sarap.

Beliau risau beberapa kawasan yang tidak dijagai oleh MPS akan menjadi kawasan berisiko tinggi demam denggi dan mengancam keselamatan awam. Terutamanya wabak baru yang dikenali virus Zika.

Wong menegaskan bahaw jika kakitangan MPS telah memantau kerja kontraktor dengan tanggungjawab, maka saya percaya rumpai dalam longkang akan dibersihkan dan pekerja memotong rumput juga tidak membuang rumput ke dalam longkang yang akan menyebabkan halangan saliran air.


Tindakan yang membuang rumput yang telah dipotong ke dalam longkang adalah salah dan merupakan satu pembaziran duit pembayar cukai untuk menjalankan kerja pembersihan dua kali.

Beliau menegaskan bahawa disebabkan persekitaran yang kotor, sampah berselerak yang tidak dibersihkan, saliran perparitan ditutup dengan rumpai menjadikan halangan dan tempat takungan air untuk pembiakan nyamuk.

Wong berkata bahawa walaupun MPS telah melaksanakan perintah Anti-sampah dan juga menggesa orang ramai untuk menjaga kebersihan, tetapi MPS sendiri pun gagal dalam melaksanakan tanggungjawab, bagaimanakan menyakinkan orang ramai sedangkan kerja yang sepatutnya dibuat tidak dilaksanakan dengan sempurna?

Beliau berharap Presiden MPS akan memberi perhatian kepada masalah di Sandakan, terutamanya kecekapan kerja-kerja kebersihan dan sanitasi di Sandakan adalah amat mengecewakan.

Wong juga melahirkan perasaan sedih kerana MPS tidak mengambil berat terhadap memberikan orang Sandakan persekitaran yang sihat dan selamat, sebaliknya berusaha untuk menggesakan pelaksanaan caj parking di beberapa bandar satelit.

Beliau juga kecewa terhadap wakil rakyat BN kerana tidak mengambil berat tentang kepentingan rakyat Sandakan, terutama kesihatan dan kebersihan persekitaran serta tidak ada memantau MPS untuk melaksanakan kerja dengan sempurna.


No comments:

Post a Comment