AKHIRNYA SHAFIE APDAL MENEMUI REGU YANG IDEAL...


OLEH: SORAYA EGG
Sunday Sept. 25/2016

1.KEMBALI  keagungan daerah Penampang sebagai peneraju kepimpinan (Kadeazan-Dusun dan Murut  (KDM) dalam bidang politik, ekonomi dan budaya di negeri ini seperti yang pernah mereka nikmati pada tahun-tahun 1950an hinggalah 80an sinonim dengan tokoh tokoh Peter Mojuntin, Darius Binion, Fred Jinu, Marcel Leijiking, Herman Luping dan ramai lagi telah mengubah landskap Sabah dan pembangunan, kemodenan dan kesaksamaan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi selepas bebas daripada penjajahan Jepun dan kemudian British.

2.Kini kemunculan pemimpin pemimpin muda dari daerah ini umpamanya YB Darell Leiking dan YB Terence Siambun dan lain lain akan mengulangi kemunculan mereka dalam politik negara yang pernah dilakar oleh pemimpin hebat mereka yang sentiasa ke depan berbanding dengan kawasan KDM yang lain.

3.Pemimpin muda dari daerah ini cuba mengatur langkah politik mereka yang diketuai oleh ahli parlimen Penampang dan dijangka akan disusuli oleh kawasan lain termasuk pemimpin muda Murut dan Rungus akan memberi inspirasi kepada mereka gerakan yang dipelopori YB Darell Leiking.

4.Darell Leiking membuat percaturan politik dan strategi baru cuba menjarakkan diri dari parti luar yang diwakilinya PKR dan memberi tumpuan berjuang dengan parti tempatan dengan harapan dapat menarik rakyat Sabah bersama parti yang akan dilancarkan selepas penjenamaan parti itu semula.

5.Ramai pemerhati menjangka Shafie Apdal akan keseorangan merangka strategi politiknya
di Sabah selepas meninggalkan parti UMNO yang tersasar dari perjuangan asalnya dan dipimpin oleh orang orang yang tidak beramanah dan menyusahkan kehidupan rakyat.

6.Tindakan DSSA yang penuh berhati hati untuk mencatur politiknya sehingga ada menganggap dakwaan ketidakmampunya berhadapan BN Sabah tetapi akhirnya kemarin muncul dengan partinya yang terdaftar sejak 2013. Memandangkan parti ini dikongsi bersama semua etnik Sabah terpaksa dijenamakan kembali agar sesuai dengan aspirasi rakyat keseluruhannya.

7.Shafie Apdal memilih regunya berhadapan BN Sabah dari etnik KDM YB Darell Leiking dan Terence Siambun pemimpin muda yang dinamik perlambangan sebagai pemimpin generasi Y yang bebas dari kekotoran politik apa lagi korupsi.

8.Moral politik DSSA semakin meningkat dan keyakinan orang awam semakin kukuh memandangkan strategi gandingan bumiputra Islam dan non Islam adalah satu formula yang berkesan dengan politik Sabah.

9.Pemimpin hanya mampu menyediakan prasarana politik tetapi akan gagal kalau hanya bertepuk sebelah tangan.