KITA PEJUANG BUKAN PEMBANGKANG


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday Sept. 25/2016

HARI ini saya sempat bercakap dengan DS Shafie Apdal dan sempat ia sentuh isu  Darell Leiking dan itu katanya AUTA dan tidak benar.


" Mungkin yang benar itu jika sertai parti pemerintah seperti parti UPKO misalnya " Kata Shafie  dan kami sama ketawa, lalu saya jelaskan itulah sebenarnya perang kata-kata atau strategi atau perang saraf.

Seterusnya Shafie  katakan yang kita ini bukan pembangkang sebalik kita ini pejuang. Pejuang untuk rakyat Sabah terutamanya dan Malaysia umumnya.

" Buat apa kita sebuk di PBB dan perhatikan dunia luar sedang Sabahan menderita? Lihatlah tanah dimiliki oleh suku sakat, kerabat dan syarikat luar sedang sabahan semacam penumpang di tanah airnya sendiri" Katanya lagi dan memang itulah kenyataannya sekarang ini.

Sebelum kita perjuangkan orang lain, tentu yang lebih utama orang Sabah itu sendiri.

 Pemimpin-pemimpin YB di Sabah dan duduki kerusi kabinet negeri tentulah kuasa itu di tangan mereka dan sehingga ini apa saja yang mereka lakukan terhadap orang sabah?

" Tanah-tanah  di Sabah terutama tanah-tanah  yang diduduki rakyat sejak berkurun dikuasai oleh menteri-menteri /kabinet negeri sabah yang ketuanya  Datuk  Musa Aman sekarang dan kenapa ini tidak diselesaikan? malah ada tanah-tanah  diambil alih oleh syarikat luar dan mereka yang tinggal di sana dihalau arah keluar " Katanya pagi ini dan inilah yang harus diperjuangkan dan rakyat harus diberi hak agar mudah mereka mencucuk tanam untuk terus hidup buat keluarga mereka.

Shafie  yang memang sebuk dengan jadualnya seterusnya menyatakan akan berada di Tawau esok dan mengharapkan orang ramai datang bersama-sama untuk acara silaturahim.

" Ingat, kita bukan pembangkang tetapi kita pejuang untuk rakyat Sabah dan inilah visi kita pertama dan hal-hal remeh jangan dipeduli tetapi tumpu kepentingan Sabahan.." Katanya dan seterusnya  Shafie  mengharakan semua rakyat Sabah bersatu menentang kejahatan yang dilakukan secara senyap dan halus untuk menguasai hak-hak dan khazanah Sabah.