KITA BUKAN MAHU TANGKI BIRU TAPI AIR PAIP MENGALIR KE RUMAH


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday Sept, 11/2016

KITA ini sudah merdeka 53 tahun. Itu yang asyik dikatakan kalangan kita. Apa namanya merdeka itu sebenarnya?

Di Malaya tidak heboh tangki biru dan di Malaya sebuk kesan air sesekali tiada kesan kemarau tetapi paip air sudah sekian lama ada.

Di Sabah ini asyik tangki biru melulu dan bila sampai election tetap tangki biru berampaian di sana sini dan dikatakan itu pemberian BN dan itu sebab warnanya biru, padahal itu dari rakyat kepada rakyat, cuma BN diamanahkan oleh rakyat memberikannya kepada rakyat.

Kenapa harusnya tangki biru? apakah orang Sabah asyik memikirkan tangki biru dan apakah Sabahan ini bakal mati tanpa tangki biru?

Meski demikian sesiapa saja yang dapat tangki biru, terima saja dan ucapkan terima kasih dan bersyukurlah dan bila dapat tangki biru tentunya mengharapkan hujan turun untuk penuhi tangki biru itu.

Soalnya sekarang, Sabahan bukan mahu tangki biru, sebalik mahu paip air itu datang ke rumah rakyat sepertinya juga orang-orang yang tinggal di Semananjung Malaysia dan di sana tidak pula asyik memikirkan tangki biru melulu sebalik memikirkan air paip kekadang terputus dan di situ bedanya.

Apakah memang BN sengaja terus memberikan tangki biru kepada Sabahan agar rakyat Sabah termakan budi terus memenangkan BN dan itu sebab-sebabnya enggan terus menyediakan air paip ke rumah masing-masing dan jelas ini satu pengkhianatan kepada rakyat Sabah setelah 53 tahun masih banyak rumah-rumah  yang tidak punya paip air dan masih terus bergantung kepada sungai seperti kampung-kampung  di sekitar pekan Tenom.

Sungai yang ada sekarangpun asyik tercemar kesan pembalakan yang dimiliki oleh menteri=menteri  atas nama kroni dan memang Sabahan ini kesihan sangat dan ditambah dengan keadaan jalan yang babipun enggan jalan kerana berdebu dan berlumpur sedang jalan di Kota Kinabalu ada saja kurapnya di mana-mana.


No comments:

Post a Comment