LAGI 2 MP BN DAN 2 ADUN BN KELUAR UMNO


( PRN(S) Mac-0gos selepas raya/parlimen menyusul)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Saturday  Sept. 24/2016

KOTA KINABALU:-   Selepas Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking keluar dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR)  untuk berjuangan bersama-sama Datuk Seri Shafie Apdal minggu lalu kini akan menyusul dua  lagi Ahli Parlimen dari BN bakal bertindak sama satu dari Utara.

Menurut sumber-sumber yang boleh di percayai  dua MP yang bakal bertindak keluar dari BN itu kini sedang menyusung  jadual  yang paling sesuai untuk mengumukan secara rasmi keluar dari BN.

Sementara dua lagi  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  satu dari kawasan pedalaman  disahkan mereka bersiap sedia untuk umumkan  keluar dari BN.

Kata sumber itu buat masa kini banyak cawangan-cawangan UMNO diseluruh Sabah bakal dibubar ekoran kekurangan ahli-ahli UMNO yang keluar beramai-ramai meninggal parti itu sejak akhir-akhir ini.

“Mereka hanya menunggu Shafie  datang ke lokasi  yang dimaksudkan itu bagi menyaksikan sendiri ramai orang kuat UMNO mengumumkan mereka akan keluar meninggal UMNO buat selama-lamanya.

“Saya menerima makluman bahawa   Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan sekitar Mac-Ogos tahun depan terutama selepas hari raya, sementara pilihanraya untuk perlimen dikemudiankan” kata sumber itu lagi.

Parti- Parti pembangkang di Sabah kena bersiap sedialah dan usaha pakat sama utamakan kepentingan rakyat dan bukan asyik bercakaran dan berebutan untuk menjadi Yang Berhormat atau minta dicalonkan di election mendatang.

Sesiapa saja yang dipilih jadi calon harus kita sokong dan PRU mendatang mesti BN dilawan secara " satu sama satu"