HUKUM DI MALAYSIA PILIH BULU


(Hukum Di Malaysia Pilih Bulu Kalau Pembangkang Buat Hal Terus Masuk Penjara Bertahun-Tahun Kalau Ahli-Ahli UMNO Buat Hal Terlepas Dari Tindakan Undang-Undang)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday Sept 27/2016
DALAM negara segala macam-macam AKTA dicipta niatnya hanya menghukum ahli-ahli  pembangkang, penulis yang berani suarakan kebobrokan BN dan kalau adapun ditangkap hanya yang kecil-kecil dirasa tak jatuhkan pemimpin atasan yang kaki korup, menipu dan segala macam.
Bila ada saja yang bersuara hal-hal sulit pelanggaran hukum seperti dana dalam bank milik Najib, maka itu akan ditangkap jelas akta yang ada hanya menangkap penyebar maklumat dan bukan tangkap pencuri.
Hakikat jelas itulah sebab-sebabnya AKTa Poka dan hasutan ada dan jelasnya ketidakadilan ada di situ.
Misalnya kes menghina Cina babi dan bakar bible serta kata-kata perang Salib tidak pula ditangkap malah mereka dibiar saja mengata kata-kata yang membakar semangat benci kaum dan ini sebenarnya tidak boleh dan boleh ditangkap tetapi terus dibiar dan dikatakan tidak salah.
Lalu apa saja gunanya akta itu dicipta? Bila segala macam undang-undang di Malaysia kita lihat ada tempang di mana-mana kesan sebelahi pemerintah yang melantik mengamanahkan diri mereka duduki kerusi Penguam negara, hakim maka jelas mereka itu berkerja untuk tuannya dan bukan untuk kepentingan rakyat jelata dan di sini rakyat sedang memerhatikan tindakan mereka yang mengampu bodek terus selamatkan kerajaan wang gaji untuk makan anak bini. Tidak berkat!
Maknya kita kena bertindak untuk mohon dunia adili secara adil kasus di Malaysia ini dan kesannya Amerika telah mengarahkan HBI siasat PM Najib dan kesanya dikata mereka mahu runtuhkan kepimpinan Melayu di Malaysia.
Kalau di Malaysia dia kebal kerana semua yang berkenaan atas arahannya tetapi hukum antarabangsa tidak akan dapat menyelamatkan sesiapapun yang korup dan kerana itulah Duta Malaysia buat Amerika berusaha temukan Datuk Khairuddin Abu Hassan dengan FBI tetapi secepatnya Najib arah polis yang Khairuddin tak boleh keluar Malaysia.
Kita lihat apa selanjutnya nanti dan kalau memang Najib benar, rasa Najib tak perlu takut dan beranilah hadapi hakikat. Tidak mungki pahawan Bugis takut hadapi hakikat tak bersalah.
Saya perhatikan kapal sedang belayar dan angin ribut di depan siap karam di lautan antartika membeku di sana nantinya.