HAYATI ERTI HARI RAYA KORBAN


OLEH: SORAYA EGG
Tuesday Sep, 13/2016

KINI giliran perayaan Islam kedua terbesar di sambut seluruh dunia bersamaan rukun Islam yang ke lima dilaksanakan di Mekah Mukaramah untuk menunaikan Haji.

Hari Raya Aidil Adha atau Korban adalah simbolik dalam Islam yang membawa seribu penghayatan dan makna dalam kehidupan muslimin dan muslimat.
Kalau Nabi Ibrahim diuji iman oleh Allah sejauh mana kecintaan dan ketakwaan ke atas perintahNya sehingga putera kesayangannya Ismail sanggup dikorbankan.

Dari tamsilan riwayat di atas,kita manusia biasa pun sering diuji kesabaran dan masalah baik disedari atau tidak ada kalanya kita tidak sanggup hadapi mengambil jalan mudah.

Begitu juga dengan pemimpin negara atau bangsa perlu ada sifat tahan uji dan berkorban demi agama,bangsa dan negara.
Pengorbanan lebih mementing kebaikan negara dan masyarakat dari kepentigan peribadi adalah sikap yang dituntut dalam persatuan dan kesatuan.

Sikap pengorbanan ini tidak hanya terbatas pada umat Islam tapi melangkaui mana mana agama Samawi(agama Langit).

Dalam pada waktu kita menghadapi kegetiran politik negara,semua bangsa dan agama perlu berkorban demi perpaduan dan menjadi satu unit bagai kuku dengan isi,jika kita mahu menjadi sebuah bangsa dan negeri yang dihormati serta bebas dari cengkaman bangsa lain.
Allaahu akhbar. Allaahu akhbar. Allaahu akhbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akhbar.
Allaahu akhbar walillaahil hamd.