PRU14: SEDIA TAK UNDI BN/UMNO


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Selasa Sept, 13/2016

RAMAI meramal PRU14 bakal diadakan Mac, 2017. Sama ada benar atau sebaliknya, itu hak PM yang menentukan tetapi PRU13 meski banyak sangat ramalan, tetapi PM sendiri lewat sedikit

Membubarkan parlimen dan sekurang-kurangnya nya tidak lebih 3 bulan dari tarikh yang dijadualkan.

Itu tidak penting buat kita, tetapi persoalannya sekarang apakah kita sudah bersedia untuk tidak mengundi Barisan Nasional?

Sekarang ini yang kita pasti Mahathir dan Anwar sudah bersatu dan ini satu kekuatan yang diluar jangka. sejak parti Mahathir/Muhyiddin diluluskan oleh ROS, jelas di sana sini kita dengar ada dua tiga ketua bahagian UMNO umum keluar parti dan ramai ahli-ahli UMNO ikut jejak.

Keluarnya orang kuat UMNO meninggalkan parti berpunca pemecatan Muhyiddin, Mukriz dan DS Shafie Apdal dari Sabah dan bermula di Semporna gerakan DSSA di Sabah cukup membahayakan UMNO.

Kerjasama  Tun Mahathir dan  DS Anwar itu cukup menggerunkan dan kekuatan yang ada itu meyakinkan ramalan Anwar yang pembangkang akan meraih undi popular sekitar 60% dan lagi sejarah PRU undi BN setiap PRU selalu saja merosot.

Sejak diluluskan parti Mahathir/Muhyiddin, di sana sini kita dengar pergolakan demi pergolakan dan kita dengar ada saja yang meninggalkan UMNO meski dikatakan itu perkara biasa dan gerakan meninggalkan UMNO di Sabah akan terus berlaku selepas DSSA melakukan jelajah ke seluruh Sabah.

Difahamankan rakyat Sabah memang menolak BN, apa lagi bila Pairin meninggalkan PBS dan Dr Mix yang kurang OMnya memimpin PBS dan ini menyebabkan orang KDM secara tidak langsung bakal meninggalkan PBS dan sekaligus mengucapkan kata " BYE" kepada BN.

Persoalan yang ada sekarang, apakah Sabahan sudah siap sedia tidak mengundi BN di PRU-14 akan datang atau akan mudah kena tipu oleh BN dan kesannya Sabah dan Sarawak bakal memberikan lebih 44 kerusi MP yang membolehkan BN berkuasa dan Najib bakal menduduki kerusi PM untuk musim2 selanjutnya?

"....Kalaulah rakyat Sabah ini terus mengundi BN, maka itu makna satu bala yang harus dihadapi oleh anak bangsa kita dan kesusahan rakyat tidak akan dapat diselesaikan dan paling-paling  orang kita ini pekak badak dan termakan dedak" kata salah seorang yang saya temui di sini hari ini.