BN LEMAH KERANA BANYAK PEMIMPINNYA TERLIBAT PELBAGAI SKEDAL/KORUP


(rakyat muak muntah dan marah)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Tuesday September 06/2016

SEKARANG ini memang BN lemah sangat kesan pemecatan 3 menteri disamping banyak sangat skandal yang akhirnya menyusahkan rakyat begitu ketara sekali.

Penderitaan rakyat kesan harga getah menjunam dan sawit sama ditambah dengan GST dan harga barang naik sedang gaji tidak berganjak maka penderitaan itu jelas sangat.

Pengangguran dan lulusan universiti kian bertambah sedang syarikat-syarikat  besar banyak muflis dan gulung tikar dan terakhir 23 cawangan bank CIMB bakal tutup dan ini cukup menjadikan rakyat parah.

Dalam keadaan BN lemah dan mudah dikalahkan tiba2 kalangan pembangkang berpecah dan PAS dengan DAP sejak ketiadaan Nik Aziz mula memperlihatkan keegoannya dan DAP juga memperlihatkan ketegasannya tetapi ramai mula Melayu mengakarpi DAP kesan kepimpinan DAP di Pinang lebih telus banding BN di mana-mana negeri cuma diuar-uarkan oleh BN konon DAP korup.

PR hanya masih memerintah Selangor dan tidak terjadi di Pinang dan ini sebenarnya hanya sementara saja sebab kedudukan PR boleh saja kehilangan kuasa jika PAS meninggalkan PR di sana dan kelihatanya keadaan di Selangor memang sukar dan serba salah.

Kesan di Selangor itu, PKR pula tercipta masalah dari segi kepimpinan kesan ketiadaan  Anuar Ibrahim DSAI dan semacam ada yang tidak ngam antara Presiden dan Timbalan dan ini kelihatannya semacam berpuak-puak  dan itu sebab kepimpinan Azmin dikritik oleh orang sendiri dalam PKR dan ini tidak baik untuk sesebuah parti yang berwibawa.

Kesan kepimpinan PKR pusat bermasalah, maka di peringkat negeri baik di Sarawan dan Sabah juga terlibat tempiasnya dan itu sebab kepimpinan PKR Sabah memembuat kenyataan semacanm tidak senang hal kepimpinan pusat.

Dinyatakan konon ada wanita pusat mahukan wanita negeri dirombak dan ini kelihatannya pusat tidak putus-putus  terus menganggu gugat Sabah dan inilah yang saya katakan dulu kesan perlembagaan itu sendiri.

Pernah terjadi di Meredian hotel saya sendiri berdepan dengan Anwar, YB Fauziah, YB Kam 12 tahun lalu dan membantai cara lantikan wanita dan minta dibatalkan sebab seharusnya diserahkan kepada Sabah sendiri dan berulang kali saya katakan agar di mesyuarat pemilihan di Pusat negeri harus mencadang usul soal lantikan ketua wanita itu termasuk pemuda mesti diserahkan kepada Negeri bukan ketua wanita pusat.

Selagi masalah perlembagaan ini tidak diselesaikan maka itu semacam menjadi duri dalam daging dan itu sebab barangkali menyebabkan ada ketidaksenangan DS Lajim Ukin sendiri menghadapi kasus ini.

Itu masalah PKR/PH dan kemudian masalah di Sabah saya kira lagi membengkak.

Kita tahu DAP dalam PH dan DAP tidak mungkin akan berkompromi dengan SAPP kesan sama parti berbau bangsa cina dan kesannya memang sukar kerjasama diadakan antara USA dan PH dan ini barangkali menyebabkan mereka akan bertembung sama seperti di PRU yang lalu di PRU-14 akan datang kecuali ada tolak ansur jika tidak memikirkan kepentingan diri.

Kesan ada kabar-kabar  angin ada parti yang memang menjadi agen BN, sejauh mana benarnya itu belum pasti dan ini lagi menyebabkan PH tidak mungkin berkerjasama dan kesannya parti lokal bermatian memburukkan Pakatan Harapan-  PH konon dikatakan parti Malaya meski sebenarnya parti nasional yang bakal kuasai putrajaya jika ada kerjasama.

Kebangkitan DS Shafie Apdal memang sesuatu yang ditunggu dan kita sudah melihat kerjasama antara Wilfred/Dtk Mohdnor Mansur tetapi sedikit kegusaran apakah DDr.Jefry Kitingan dan Yong Teck Lee akan berkerjasama dengan Shafie Apdal  DSSA kala sepanjang gerakan DSSA kita tak nampak wajah kedua pemimpin berkenaan dan ini cukup menggusarkan sekali.

Sebenarnya kebangkitan DS Shafie ada kebaikannya buat pembangkang yang mahu menumbangkan kepimpinan BN di Sabah dan kelihatannya kekuatan DSSA memang tidak dapat dinafikan buat kawasan pantai timur seperti Semporna, Tawau, Sandakan dan terus ke kudat.

Kalau kerjasama antara USA/PH dan DSSA dapat dilaksanakan dan parti tidak mengutamakan siapa jadi YB atau muncul sebagai calon sebalik utamakan kepentingan rakyat Sabah yang menderita, maka impian sama menumbangkan BN akan menjadi kenyataan tetapi yang saya lihat semacam payah dan barangkali ini juga satu strategim yang saya sendiri kurang pasti. Nota ini sekadar bahan untuk sama dibincang.

Sebenarnya BN amat khuatir sangat jika USA/PH/DSSA dapat bersatu melawan BN satu sama satu dan jika penyatuan ini dapat dilaksanakan maka saya kira BN akan tersungkur, tetapi jika sebaliknya itu kita serahkan saja kekuasaan Allah dan kita hanya dapat berdoa demi masa depan anak bangsa di Sabah yang terus menambakan kebaikan masa depan yang lebih gemilang, sebalik jika BN berkuasa maka itu bisa saja kita tafsir apa sudahnya nanti.