PENGORBANAN RAKYAT SABAH UNTUK BERSATU PERLU DISOKONG


OLEH: SORAYA EGG
Rabu Sept, 14/2016
 























1.JANGAN  selalu salahkan rakyat Sabah akibat kebangkitan KEKITAAN atau S4S mereka akibat menghadapi tekanan persekutuan yang hanya memandang sebelah mata kabur atas segala permasalahan dan tunutan mereka tidak pernah diatasi dengan kesungguhan hanya melepas batuk di tangga.

2. Sedarkah Persekutuan telah banyak mengabaikan tanggungjawabnya umpamanya,Agihan pendapatan negara tak seimbang,Mykad haram,ancaman keselamatan,PATI,masalah sosial,harga barang mahal,pembangunan fizikal,pendidikan,peluang pekerjaan,kesihatan luar bandar dll tidak ada kesungguhan kerajaan persekutuan untuk mengatasi apa yang dihadapi rakyat Sabah selama ini.

3.Kalau Persekutuan berkorban untuk menyelamatkan syarikat 1MDB yang menanggung beban ribuan juta ringgit tetapi kenapa Sabah dibiarkan menjadi negeri yang termiskin dalam negara tiada usaha usaha untuk merapatkan gap perbezaan ini?

4.Sabah telah banyak berkorban menyumbang begitu banyak kepada persekutuan sehinggakan menyerahkan Pulau Labuan dan hasil cukai,minyak dan kedaulatan sebagai sebuah negara menjadi negeri dalam persekutuan namunpun janji melalui berbagai dokumentasi sejak pembentukan Malaysia tidak terlaksana dengan sempurna tetapi rakyat Sabah sentiasa bersabar dan istiqomah mengharap.....mengharap dan mengharap janji ditepati....

5. "Pihak yang emosi bersandarkan kepada kemarahan, kebencian dan kerakusan akan berakhir memainkan sentimen perpecahan…Sabah for Sabahan" ini ungkapan dari seorang menteri persekutuan dan ramai beranggapan menyindir Shafie Apdal kerana perjuangannya cuba merapatkan rasa kekitaan kepada seluruh rakyat Sabah untuk menghadapi bekas partinya yang sudah lari fokus untuk mempertahan seorang pemimpin dan bukan lagi memperjuangkan Agama,Bangsa dan Negara apalagi membariskan Sabah duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

6.Sebenarnya DSSA tanpa disedari telah mendapat tempat di hati rakyat Sabah dan tak sabar menanti pelancaran sebuah parti bumiputra Islam Sabah dan mendapat kerjasama dari kalangan suku suku yang majoriti di negeri ini.

7.Kebangkitan rakyat Sabah menuntut hak mereka akan berterusan,kerana pengorbanan rakyat Sabah tidak boleh dipersoalkan lagi.....sempena hari raya korban ini marilah kita mengorbankan kepentingan diri sendiri demi perpaduan untuk Ubah Sabah ke arah Maju Jaya dan Makmur......SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..