KERAJAAN BN/UMNO MEMANG BAGUS AMAT SETIAP AHLI BN/UMNO DAPAT GANJARAN RM4,000 SEORANG SETIAP BULAN

PEMBANGKANG MEMANG DENGKI
( pembangkang kuat fitnah makan dedak banyak)

OLEH ISMALY BUNGSU
Monday September 05/2016


PEMBANGKANG terutama yang di Sabah memang jenis pendengki melihat kejayaan BN, BN terbukti telah memajukan negeri Sabah hingga penduduk Sabah kayaraya dan mewah serta makmur hidup mereka  hingga ahli-ahli setiap bulan dapat ganjaran dari YB-YB UMNO/BN setiap orang RM4,000.00  punya bagus UMNO/BN.

Jalan di kampung memang semuanya beraspal licin macam jalan ke syurga dan jalan-jalan  di Kota Kinabalu berkilatan dan tiada lobang2 kelihatan dan semuanya terbaik terutama sekali masuk ke kawasan Inanam dan memang cantik dan kerajaan BN memang terbaik dalam dunia.

Kalau kita ke Pitas, Paitan, Ulu Sook atau Tenom memang jalannya cantik dan di kampung2 semuanya sudah dapat tenaga letrik rakyat di sana cukup berbahagia sekali.

Kalau kita melalui jalan KK-Ranau-Sandakan-Lahad Datu-Tawau-kalabakan dan ke sipitang lalu ke Beaufort kita akan melihat seluas mata memandang ladang-ladang menghijau penuh dengan kelapa sawit dan itu memang miliknya orang Dusun, Murut, Brunei, Bisaya dan pelbagai bangsa di Sabah.

Syarikat-syarikat luar negara seperti Sarawak dan Malaya memang tidak punya dan semuanya milik orang lokal dan inilah yang menyebabkan rakyat suka sangat BN dan setiap election mereka tetap undi BN.

Minyak dalam perut bumi kita memang milik kita sepenuhnya dan siapa kata Malaya yang kuasa dan kita kuasai 95% dan hanya 5% milik syarikat luar Sabah. Tahniah orang Sabah dan Sarawak minta 20% tidak mereka peduli dan Musa Aman memang terbaik dan hebat dapat 95% minyak.

Kerajaan BN memang baik dan segala hutan mereka bongkar dan balak mereka angkut dan itu balak milik kerajaan negeri dan dananya untuk membina surau, masjid, sekolah dan derma anak-anak yatim dan segala macam. Memang BN hebat.

Siapa kata Sabah termiskin di Malaysia. Itu tidak benar dan hakikat sebenar Sabah/Sabahan merupakan yang terkaya sekali banding negeri lain dan memang BN maha hebat.

Apa tidaknya baik, BR1M BN kasih dan itu duit BN sendiri bukan kerajaan dan memang baik dan kemudian BN juga kasih tangki biru dan itu bukan duit kerajaan tetapi duit BN dan memang BN ini terbaik dalam dunia dan itu sebab ramai yang dengki kehebatan Najib memimpin negara.

Kenapa terbaik sebab ramai yang menderma dan masuk ke akaun PM dan Arab tua yang kaya raya tunduk sama PM dan kesannya arab tua dermakan 2.6 bilion masukkan ke akaun Najib sebab dalam akaun Najib lagi selamat banding dimasukkan ke akaun UMNO.

Siapa kata BN maksudnya barang naik? Ahmad Maslan kata GST bisa menjadikan barang murah dan memangpun sekarang barang murah dan turun harga. Susu juga turun kata Ahmad Maslan dan dialah yang paling berani mengatakan barang turun gara-gara GST. Ahmad Maslan memang menteri terbaik.

Amerika ini memang sakit hati kemajuan Malaysia dan kerana itulah penguam negara saman dan dikaitkan dengan MO1 dan itu juga tidak benar dan Najib siap akan saman selasa depan tanggal 32hb nanti.

Memang membangkang di Sabah ini rata2 berhati busuk dan dengki sangat kejayaan BN dan Salleh, Rahman dan pandikar memang pemimpin terbaik dalam dunia dan otak mereka semua terbaik dan itu kita puji hingga Sabah penerima anugerah negeri terkaya.

Teruskanlah semuanya ketawa dan memang terbaik dan tiada lagi parti yang boleh memerintah Malaysia dengan baik kecuali BN dan BNlah parti yang berkuasa sampai nanti kiamat sebab BNlah yang Allah tentukan pimpin Malaysia dengan baik ada surahnya ayat 52 dalam kitab.