TIGA KAMPUNG BAKAL TERGADAI?


( YB Jumat saja ada bantu kami)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept. 29/2016

KENYATAAN Mayor  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu- (DBKK) dan PMM Manjah yang penduduk kampung jual lot dipertikaikan oleh penduduk di ketiga kampung berkenaan dan beberapa orang dari kampung itu tampil menjelaskan dan barangkali perlu diperhatikan.

Alasan menjual lot semacam direkacipta untuk membolehkan syarikat perumahan merampok kawasan tiga kampung berkenaan untuk dijadikan perumahan dan menguntungkan yang yang berkenaan dimana mungkin saja ada orang-orang tertentu ada kepentingan di sana.

" Kami orang miskin dan tidak memohon tanah beribu ekar dengan balaknya sekali dan yang kami mahu hanya satu lot untuk mendirikan rumah dan itu saja " Kata Jalihah Suide yang saya temui kelmarin.

Sementara Ajis Ajis yang juga penduduk asal di sana menafikan yang mereka menjual lot2 yang diperuntukan kepada mereka.

" Kami hanya kutip sedikit dana untuk proses menimbus tanah berkenaan dan itupun demi ada rumah maka kami terpaksa berkakai mencari duit pinjam keluarga terdekat " Katanya sambil ia merasa sedih sangat.

" Kalau tiga kampung itu diambil untuk perumahan, lalu di mana pula mereka mahu mendirikan rumah dan mereka itu bukan haiwan yang boleh tidur di bawah jambatan likas atau depan rumah ketua menteri " KatanyaSahar Hj Mantamin sambil di wajahnya jelas terbayang sedih sangat.

Ini bukan soal politik sebalik ini soal kemanusiaan dan konsep rakyat didahulukan harus diusahakan dan diutamakan.

Orang luar Sabah boleh mendapatkan tanah beribu ekar untuk kayakan diri sedang rakyat yang sudah untuk membina rumah sekadar diam berlindung bersama anak bini tidak dibenarkan, lalu kerajaan apa namanya ini?

" Hanya Datuk Jumat saja yang datang membantu kami dan YB lain macam acu tak acu sahaja, malah ketika dibenarkan tinggal di dewan Likas ada YB kawasan datang marah-marah dengan bahasa kesat dan jelas itu YB kurang adab dan tak beradat langsung " Kata salah seorang yang ditemui dua hari lalu.

" Kamu lihatlah di PRU-14 ini nanti, siap kamu kami kerjakan dan kami menyesal mengundi BN selama ini" Itulah kata-kata mereka.