PEMBAHARUAN WAJIB SUPAYA NEGARA SENTIASA ANJAL DAN DINAMIK BUKAN POLITIK WANG


OLEH: SORAYA EGG
Selasa September 06/2016

1.SUHU politik negara semakin memanas sementara menunggu parti Bersatu mendapat kelulusan pendaftaran manakala di Sabah akan muncul sebuah parti bumiputra Islam hanya menunggu waktu dilancarkan oleh Shafie Apdal DSSA untuk alternatif dan saingan UMNO yang semakin merosot sokongannya dari pengundi atas pagar.

2.Bahang panas mulai dirasai oleh pemimpin UMNO dapat digambarkan melalui gerakan serangan mereka terhadap pemimpin pembangkang dengan menggunakan isu isu peribadi seksualiti untuk menghancurkan karier politik tokoh pembangkang dan berbagai ancaman akta akta hasutan serta melebalkan rakyat mencari kebenaran sebagai subversif komunis.

3.Kegusaran ini menghantui umno menyelusuri rekod pencapaian mereka semasa PRU 12&13 adalah hambar dan terburuk pencapaian parti Melayu dalam sejarah pemerintahannya kehilangan 2/3 penguasaan parlimen dan kemerosotan undi populariti.

4.Adalah dijangka untuk menghadapi PRU14 kemerosotan ini akan berterusan secara lojik politiknya kerana tiada penambahbaikan yang dapat dirasai oleh rakyat secara langsung malahan beban hidup terus menghantui kehidupan rakyat baik di kota dan desa.

5.Mengubah parti dan pemimpin tidak bermakna akan merubahkan institusi Raja Raja dan sistem kerajaan yang sedia ada hanya perubahan dasar dan penguatkuasaan sistem yang lemah diperbaiki umpamanya korupsi dan percukaian GST diperkuatkan atau dibuat kajian semula.

6.Kelemahan UMNO menutup pintu kepada mereka yang ingin memperjuangkan Alip Ba Ta, hanya ahli UMNO menerima pemimpin hipokrit dan pemburu wang dan pangkat untuk kepentingan membeli kuasa.

7.Tabiat ini berterusan dan tidak pernah diperbaiki dengan penuh insaf maka golongan saudagar mencari keuntungan yang menguasai parti Keramat Melayu ini sehinggalah TPM Zaid memberi amaran umno bukan Bursa Saham untuk mengaut keuntungan...Alhamdullilah atas kesedaran ini.

8.Mungkin ramai ahli yang kecewa atas amaran TPM itu kerana harapan mereka tercerna untuk menjadikan parti sebagai lubuk memancing wang dan golongan ini akan berpaling arah untuk mencari laut yang banyak ikan untuk tempat memancing.

9.Secara jujur kalau majoriti ahli beranggapan umno bukan lagi tempat menjana keuntungan mungkin hanya tinggal sedikit ahli yang benar benar berjuang sebagai penyokong seumur hidup.

10.Adalah menjadi lumrah bila sebuah kumpulan itu tidak gemar menerima orang bijak dan berwawasan maka kumpulan ini akan memerontak akan berkumpulan membuat satu ikatan,ini terjadi sekarang lebih ramai orang bijak di luar parti kerajaan
dan pasti menjadi ancaman besar kepada kerajaan.

11.Bagi rakyat yang berani berubah pastikan menolak kerajaan semasa kerana harapan cerah akan menanti anda menghadapi Malaysia Baru.