ISLAM LARANG CERITA KEBURUKAN SI MATI ( Kenyataan Jeff Ooi bukan kenyataan DAP)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday Sept 19/2016

BILA seseorang ahli parti bersuara itu tidak semestinya mewakili parti dan semua parti rasanya tidak punya visi menghina kutuk bangsa atau agama lain kala dalam perlembagaan sudah jelas soal agama hak masing-masing dan itu terpelihara.

Kalau ada yang menghina kutuk itu tentunya suaranya sendiri dan bukan suara parti dan apa saja yang kenyataan yang menghina/aibkan atau mengutuk mereka yang sudah tiada, itu sama sekali kita tidak setuju dan harus diambil tindakan yang sewajar agar tidak menjadi ikutan buat yang lain kesani membahayakan perpaduan negara bangsa.

Kenyataannya Jeff Oii yang jelas semacam mengutuk hina kembalinya ke rahmatullah Mursyidul-Am- Pas Allahyarham Datuk Dr. Haron Din adalah sesuatu yang tidak kita inginkan dan tentunya tindakan sewajar harus diambil untuk perkara semacam itu tidak berulang lagi dan menjadi pengajaran buat yang lain.

Saya kira bukan saja Islam yang melarang umatnya melakukan kenyataan semacam itu, malah agama lain juga mengajar sama dan itu sebab rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama serta beda fahaman dimestikan menjunjung perpaduan sesama dan bukan mencipta titik-titik amarah yang melahirkan api merebak membakar sekitarnya.

DS Shafie Apdal sebelum ini pernah menyatakan bahawa sebagai rakyat Malaysia yang ada pelbagai bangsa, agama serta fahaman budaya yang berbeda haruslah kena berhati-hati ketika mengeluarkan pendapat dan jangan sampai menyentuh merosakkan keharmonian yang ada sedia terjalin.

" Kita mahukan negara yang aman, kita mahukan rakyat saling hormat menghormat dan bebas beragama dan bebas melakukan apa saja kepercayaan dan adat istiadat masing-masing asal tidak bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada" Katanya DS Shafie Apdal.

Seterusnya DSSA bagi pihak rakyat Sabah dan Malaysia amnya mengucapkan rasa sama dukacita buat keluarga Allahyarham dan sama mendoakan Allah letakkan di syurga.