JAHATNYA UNESCO MEMALUKAN TERHADAP ROSMAH SELURUH DUNIA ( Peguam negara harus saman)

JAHATNYA UNESCO TERHADAP ROSMAH
( Peguam negara harus saman di mana ketaknya kejantanan)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa Sept. 20/2016

MEMANG  ini UNESCO jahat sangat terhadap wanita pertama Malaysia kita yang bernama Rosmah Mansor

Rosmah memang orang baik dan dermawan dan dia lambang wanita hebat di Malaysia dan menjadi contoh bukan saja di Malaysia malah di rantau Asia.

Dan pernah mendapat  dua gelaran “Rosmah  Are The First Lady Shopping In The World  and  Rosmah Are The First Woman Beautiful In The Asia

UNESCO badan bertauliah bawah PBB memang yang diiktiraf di dunia dan Rosmah diberitakan awalnya dijadualkan penerima anugerah sebagai "WANITA CONTOH" di dunia dan tiba2 anugerah itu ditarik balik.

Penarikan itu bukan saja merugikan yang menyebabkan Rosmah tidak hadir malah cukup memalukan Malaysia yang terkenal di seluruh dunia.

Malaysia patut saman UNESCO kerana memalukan Malaysia dan rakyat Malaysia sama merasa malu kesan tindakan UNESCO itu.
Kita mengharapkan NGO2 termasuk Datuk Jamal harus melapor ke Balai Polis dan menyaman UNESCO kesan memalukan Malaysia.

Rakyat Malaysia tetap memberikan sokongan kepada Rosmah
dan sama ikut simpati.

Kenapa anugerah itu ditarik balik? Rasanya segala kera/ambok/monyet di hutan sudah tahu sebab-sebabnya dan kita kalangan manusia ada yang mahu bertanya kenapa jadi demikian.

Keghairahan  pihak BERNAMA  menguwar-uwarkan Rosmah bakal menerima anugerah tersebut  telah tersebar luas di media social akhirnya pembaca mengutuk BERNAMA buat berita palsu alasan salah lapor   sengaja untuk  memalukan Rosmah.