RAKYAT DI PEDALAMAN MENGHARUNGI KEPERITAN HIDUP SABAN HARI

OLEH: SORAYA EGG
Khasmis Sept, 15/2016

1.MUNGKIN  kamu tahu tapi tak merasa rakyat meniti kehidupan perit dan menghadapi hari hari yang gelap.

2.Kehidupan kamu dan keluarga ditanggung penuh dari titik peluh rakyat melalui GST dan cukai cukai yang lain.

3.Kamu hiburkan rakyat kedudukan ekonomi negara mampan dan berdaya maju pertumbuhan ekonomi 4.5% dan pelaburan asing berbilion billion.

4.Bila rakyat mengeluh kamu kata rakyat tak bersyukur dengan nikmat boleh tinggalkan negara ini kalau tak berpuas hati.

5.Rakyat sedar gaya hidup kamu besar kerak dari periuk manakala rakyat berjimat cermat sehingga mengambil makanan yang tidak berkualiti dan dalam masa terdekat ini ada yang mati oleh penyakit kekurangan gizi kerana santapan harian mereka tidak berkualiti.

6.Apa bila rakyat bangkit kamu menyalahkan kelembapan ekonomi global melanda dunia tetapi kamu tidak mencari jalan untuk memakmurkan rakyat malahan kamu naik gaji kamu dan elaun serta masih boleh bercuti luar negara dengan perbelanjaan mewah.

7.Kamu menepis bahawa kemerosotan ringgit yang teruk mengakibatkan rezab negara susut,kehilangan wang rakyat berbillion dan malapetaka akibat 1MDB bukan faktor dalaman melemahkan ekonomi negara.

8.Cuba kamu berterus terang bahawa ekonomi negara diambang kehancuran hutang negara berlipat ganda,bajet defisit saban tahun dan situasi politik tidak stabil dan negara jadi perhatian dunia sedang menghadapi skandal yang terbesar yang tidak pernah berlaku mana mana negara di dunia ini.

9.Bagai mana rakyat yakin keperitan hidup semakin terasa,kebajikan keluarga semakin berkurangan,tabungan masa depan hampir tiada dan kesukaran menambah pendapatan terlalu sukar kerana daya beli rakyat semakin lemah.

10.Rakyat berdoa semoga kemelut negara hadapi cepat berlalu dan dengan harapan kepada pemimpin yang lebih bertanggungjawab kepada negara dan rakyat harus tampil ke hadapan untuk memperbaiki kerosakan ini dan penderitaan rakyat yang amat perit.