: MAJLIS SILATURAHIM RAYA ADHA BERSANA SHAFIE APDAL

DSSA : MAJLIS SILATURAHIM RAYA ADHA
( 25 sept,16 /ahad di Kg Batu 2.5 Apas Tawau)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Thursday Sept. 22/2016


POLITIK yang diamalkan oleh DS Shafie Apdal jelas politik mirip mendekati ke SIASAH seperti diamal oleh Nabi.

SIASAH amalan nabi dari rakyat kepada rakyat dan nabi sedikitpun tidak mengambil kesempatan untuk kayakan diri atau suku sakat hingga kala wafatnya tidak punya apa-apa selain agama kebaikan menyebar ke seluruh dunia.

Politik sekarang ini ikut kamus makna MUSLIHAT atau siapa bijak muslihat/strategi, maka yang bijak itu biasanya akan muncul sebagai juara dan beda cara nabi zaman nabi.

SIASAH amalan nabi, semua orang baik islam atau bukan islam benar-benar merasa terlindung dan dilindungi hak mereka yang menyebabkan mereka amat senang cara nabi mentadbir ketika itu.

Sekarang ini pula kalau kita telaah politik, jelas terlalu banyak klentong dan putar alam dan yang memerintah selalu pula memutar kata-kata agar kelihatannya tidak bersalah dan ini kesani negara menjadi payah dan susah.

Cara DSSA yang saya perhatikan tidak begitu dan DSSA sepanjang yang saya perhatikan mengutamakan SILATURAHIM dan bersahabat dengan semua orang tak kira apa bangsa, agama, warna kulit dan keturunan apapun. Inilah yang menyebabkan DSSA diingat terus oleh rakyat.

Selalu orang bertanya bahawa apa saja yang DSSA lakukan ketika dalam BN dan jawabannya mudah cara BN ialah suara ramai dan keputusan ramai dipersetuju dan yang minoriti tidak boleh membantah dan sesiapa membantah maka orang berkenaan akan sukar ke atas atau akhirnya akan dipecat dan gantung. Inilah masalahnya dan lagi sabah kuasa seorang ketua menteri.

Tetapi yang jelas DSSA seorang yang berprinsip dan berpeggang sabdanya Nabi " KATAKAN SAJA YANG BENAR MESKI PAHIT" dan berpeggang kepada sabda nabi itulah akhirnya berlaku seperti yang kita tahu.

" Tetapi saya tidak pernah menyesal apa yang berlaku sebab saya ini wakil rakyat dan rakyat yang menentukan kedudukan saya dan saya bersuara itu kesan itulah rakyat mahu.." Katanya DS Shafie Apdal.

Kesan DSSA lebih mirip berpolitik secara BERSIASAH maka itu sebab selama ini DSSA tidak pernah mengaibkan dan memburukkan sesiapa melalui ucapan-ucapannya dan kalau adapun bukan mengaibkan atau memburukkan tetapi itu lebih kepada bercakap benar seperti sabdanya Nabi junjungan.

Di Tawau tanggal 25 September bermula pagi dan lokasinya Kg. Batu 2.5 berhadapan dengan universal Motor dan acara itu dikatakan sebagai MAJLIS JALINAN SILATURAHIM AIDIL ADHA 2016 yang jelas tujuannya untuk penyatuan semua bangsa di

" Kita mahu semua kita ini bersatu padu melawan kemungkaran dan apa saja perbuatan yang bertentangan dengan perintah Allah dan kita mahu Allah berkati hidup kita dan semua bangsa Sabah hidup aman bahagia meski beza agama, fahaman, kepercayaan dan adat istiadat.." Katanya lagi sambil mengharapkan rakyat dapat meluangkan sedikit waktu untuk menghadirkan diri.

" Kebetulan 25hb itu hari ahad dan tentunya waktu cuti itu satu peluang terbaik untuk kita beramah mesra, bertemu tanpa kira apa parti atau apa NGOpun dan marilah kita sama berpakat menuju puncak laluan Illahi" Katanya lagi.