SEBAGAI MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH APA SHAFIE BUAT UNTUK RAKYAT JE;LATA

 
OLEH: ISMAILY BUNGSU
Selasa Sept, 13/2016

BANYAK sangat yang bertanya kepada saya, apa saja DS Shafie Apdal lakukan masa duduki kerusi Menteri? dan ditanya lagi, apa saja sumbangannya terhadap Sabah.

Secara rengkas rumah PPRT, Tangki Biru, Jalan kampung, bakalan api letrik dan banyak lagi memang antara sumbangan KKLW yang pernah DS Shafie Apdal duduki.

Barangkali perlu kita lihat sistem kabinet negeri dan persekutuan.

Sistem kabinet ialah sistem barat, makna apa saja perbincangan di kabinet persekutuan atau negeri meski dipersetujui secara MAJORITI dan minoriti kena akur suara majoriti tak dibenar bersuara di luar kabinet.

Misalnya kabinet persekutuan sekitar 35 orang jumlahnya dan jika DSSA Shafie Apdal mencadangkan sesuatu demi kebaikan Sabah mestilah mendapat sokongan majoriti dan jika gagal mendapat sokongan secara majoriti, maka cadangan itu ditong sampahkan. demikian juga sama halnya di kabinet negeri Sabah. Lalu bagaimana DS Shafie mahu memajukan Sabah?

Meski demikian ketua Kabinet baik di persekutuan atau negeri berkuasa penuh dan apa saja cadangannya kekadang ahli kabinet hanya main angguk-angguk atau paling-paling diam macam lembu dan itu yang terjadi terhadap kasus 1MDB dan jika ada yang bertanya dan minta diambil perhatian/kaji, siasat maka yang berkenaan dipecat gantung jika bersuara di luar kabinet dan inilah yang berlaku terhadap diri DS Shafie Apdal.

Kuasa Menteri persekutuan ialah menyalurkan kewangan/dana ke negeri-negeri seluruh Sabah. Misalnya kuasa menteri KKLW yang pernah diduduki oleh DS Shafie Abdal salurkan peruntukan ke Negeri-negeri di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

Yang disalur ke Sabah, itu bakal dikuasai oleh Ketua Menteri selaku pengerusi kabinet Sabah dan biasanya yang berjuta kena kelulusan Ketua Menteri sendiri dan kekadang terserah kontraktor mana ia mahu untuk melaksanakan sesuatu projek dan dalam masa sama Menteri KKLW tidak berkuasa dan kuasanya hanyalah mempastikan projek itu dilaksanakan oleh kontraktor yang negeri pilih.

Bagi projek=projek di Bahagian/Daerah itu disalurkan kepada pejabat daerah masing2 dan di sinilah telah ditentukan setiap peruntukan yang disalurkan kepada pejabat daerah Membakut misalnya mesti kelulusan MP Kimanis atau YB di DUN di kawasan parlimen dan itulah peraturan yang dipraktikkan.

Pernah ada yang datang ke Kuala Lumpur dan menemui DS Shafie Apdal untuk mohon peruntukan jalan kampung dan sesudah diluluskan peruntukan dihantar ke pegawai daerah dimaksudkan dan sesudah diterima, YB di lokasi menahan peruntukan itu dan diberikan kepada yang lain dan yang awalnya memohon GIGIT JARI.

Nah, demikianlah peraturan-peraturan  yang ditentukan di Sabah dan kesannya segala projek yang dilakukan di Sabah adalah kuasa kerajaan Negeri Sabah sendiri dan jika seperti peruntukan bakalan air di Kota Marudu yang sejumlah/dekat RM90 juta itu maka kelulusan ketua menteri melalui kementerian kewangan Sabah diperlukan dan bila demikian maka kita tahu siapa saja yang melaksanakan projek itu dikasih secara award kepada kroni dan sebagainya.

Bila diberikan secara award/anugerah maka yang tadinya sejumlah RM90 juta, paling-paling diguna untuk laksanakan projek tersebut sekitar RM40 juta saja. Nah, YB Parlimen Kota Marudu tentu tahu isu berkenaan yang pernah tertangguh 3 tahun kesan berebutan.

Inilah kekadang masalah orang lain tidak tahu dan kesannya mereka salahlah DS Shafie Apdal melulus tanpa melibatkan kerajaan Negeri Sabah sendiri yang maha berkuasa.