WONG..... MINTA MPS DAN PENDUDUK KAWASAN PERUMAHAN GOTONG ROYONG JAGA KEBERSIHAN

OLEH: SHAINON S JUMADI
Sunday Sept, 11/2016

 
SANDAKAN:-  Memandangkan wabak Zika asalnya daripada nyamuk Aedes yang amat berbahaya kepada manusia kini wabak ini  telah menular ke Sabah maka penduduk di kawasan perumahan agar sentiasa menjaga kebersihan  di sekeliling rumah.

Pastikan  saliran parit dan longkang yang berhampiran dengan kawasan rumah anda agar sentiasa di jaga jangan ada air parit atau longkang yang bertakong yang membolehkan nyamuk mudah bertelur dan jadi tempat pembiayakan nyamuk Aedes.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tiem Fatt dalam satu kenyataan media kelmarin antara lain berkata penduduk-penduduk di kawasan perumahan di masa saja kawasan agar mereka mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan-kawasan perumahan  pastikan saliran  parit dan longkang tidak mengandungi air bertakong yang boleh nyamuk mudah membiak.

Begitu juga Wong meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  agar mengarahkan para kontraktor di bawah selia MPS agar lebih bertanggungjwab  menjalankan kerja-kerja menyenggelaraan semua parit dan longkang yang dimaksudkan itu untuk menjamin tahap kebersihan terjaga.