WONG MP SANDAKAN DESAK MPS BAIKI SEGERA KEROSAKAN PONDOK PERHENTIAN BAS KG SIM-SIM II


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: BASITH HJ NC OTHMAN
Friday  Spet. 23/2016


SANDAKAN:- Kerosakan pondok perhentian bas di seluruh lorong-lorong jambatan di Kampung Sim-Sim dekat sini perlu di baiki segera demi keselamatan kepada penduduk setempat.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt dalam satu kenyataan hari ini berkata jika masalah tersebut  jika dibiarkan dan dipandang remeh oleh pihak kerajaan maka jelas ia akan mengundang kecelakaan kepada penduduk-penduduk kampung tersebut.


“Saya merayu agar pihak kerajaan  khususnya pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar dapat mengambil perhatian mengenai masalah tersebut lantas membaiki segera semua kerosakan tersebut sebelum terjadi perkara yang tidak diingini berlaku menimpa kepada penduduk-penduduk kampung berkenaan.