KITA SABAHAN DIPERBODOHKAN KERBAU-KERBAU TERMAKAN DEDAK...... MANA TARING PAIRIN KITINGAN?


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khasmis Sept, 08/2016

LIMA  puluh  tiga  tahun  (53) kononnya kita merdeka dan selama merdeka apa saja yang dibanggakan sejak kerajaan BN memerintah Sabah?

Ke mana sudah perginya taring  Tan Sri  Joseph Pairin Kitingan  yang dulu dikagumi dan sesudah Musa Aman menduduki ketua menteri, apa saja yang mereka lakukan selama ini?

Kemajuan apa yang membanggakan kita? Sabah negeri terkaya dengan sumber segala macam tetapi apa jadi dan hasil minyak dikaut dan siapa saja yang untung dan ke mana hasil minyak itu pergi?

Di Kimanis nampak kekayaan kita melimpah tetapi apa yang terlakukan di Sabah ini?

Kita hanya jadi penonton dan sedang di sana para menteri dikatakan sedang berbodong-bodong punya syarikat sendiri atas nama kroni dan mereka kaut kekayaan itu masuk ke kantung sendiri.

Tanya saja pihak Petronas siapa yang mendapat untung masuk kantung sendiri dan ini saya bertanya yang memerlukan jawaban.

Kita lihat di kampung-kampung  jalan para babi sendiri enggan jalan sebab lumpur berdebu tanah merah kekadang kereta terpaksa tidur di tengah jalan kesan lumpur.

Hospital kita perhatikan selalu penuh sesak berebutan rakyat sakit dan kekadang menurut laporan doktor ubat tidak cukup dan akhirnya rakyat yang perlukan ubat terpaksa/dipaksa mati dan tanya saja yang tinggal jauh di pedalaman.

Di Kota Belud yang ada banyak menteri ketika rakyat sakit jambatan tak punya terpaksa melalui jalan sungai basah kuyup mengusung yang sakit/simati.

Di Kota Marudu pula ada pesakit kena heret melalui panga yang ditarik oleh kerbau untuk sampai ke jalan utama dan akhirnya sampai di jalan utama terpaksa menunggu kereta yang kekadang berjam baru ada dan kesan jalan berlumpur malam baru sampai di rumah sakit dan sesampai di rumah sakit ubat pula tak cukup.

Memang kesihan orang Sabah ini negerinya kaya tetapi keperluan rakyat lebih kurang di zaman batu dan kekadang zaman inggeris lagi baik banding bawah BN yang rakusnya bukan main asyik mengisi kantung anak bini suku sakat dan kroni sendiri.

Para kerbau-kerbau peliharaan BN termakan dedak dan asyik melembu kesan lupa diri dan terus memuji seorang PM yang dikata baik hati dan segala khazanah dipindah ke 1MDB dan terus masuk ke akaun sendiri kayakan anak tiri bikin filem mendekat porno dan kemudian di belinya kondo dan dana itu diguna untuk biayai judi bermabukan di kapal mewah dan rakyat memang kena kasih bodoh.

Mana sudah seorang Pairin penjuang KDM dan diganti dengan dr Max yang Kota Marudu sama tidak ada perubahan dan di sana keperluan air ada yang guna telaga dan anak-anak rungus tidak mampu ke sekolah terpaksa berhenti setakat darjah enam dan hidup mereka terus bertani rungus tidak akan ada perubahan terus teringgal di belakang.

kesian bangsa kita ini terus duduk di pintu melihat balak milik pak menteri lewat di jalan depan rumah dan kekadang aktif tengah malam mereka kerjakan hutan simpan jadi botak padang jarak padang tekukur. Memang sialan perangai semacam itu, pencuri tidak pernah berhenti bumi jadi panas dan banjir kekadang datang sekelip mata. Tuhan marah!

Kekadang saya tidak mengerti kenapa kalangan kita begitu membutakan mata mereka dan telinga mereka tuli dan kesan BR1M dan tangki biru puji mereka melangit dan mereka lupa GST menjahanamkan hidup mereka hingga papa kedana dan anak-anak tidak mampu ke sekolah menengah dan jauh masuk ke universiti kecuali yang mampu dan kesannya kita di sabah pernah penerima anugerah sekolah asas paling tersorot di Malaysia dan ketika itu SK Mantanani tak seorang lulus sekolah asas.

Memang orang kita ini terus kena kasih bodoh dan kena gula-gula dan kenyataan menteri terus menipu dan berbohong dan rakyat buta matanya dan yang berjuang bermatian untuk rakyat dikata pengkhianat dan kesan dikata pengkhianat siap akta OSA dan NEC siap memenjarakan kaum penulis dan pejuang sejati tetapi jangan fikir kalangan ini takut ugutan tidak berani membicarakan yang benar.

Jangan kita semuanya bodoh di Sabah dan Sabah bukan milik dato nenek kamu duhai pak menteri dan kamu rakus itu kami tahu dan kami tidak akan berhenti membicarakan fakta dan mahu rakyat Sabah sedar dan di PRU mohon rakyat jangan sekali undi BN kerana mengundi BN maka celakalah hidup rakyat jelata.