1IMDB DAN PENDATANG ASING


( TS Pairin diamanah selesai kes ic & PTI)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday Sept. 30/2016

SETIAP yang peggang jawatan baik dalam kabinet negeri atau persekutuan punya peranan masing-masing yang telah ditentukan.

Meskipun kekadang tidak kedengaran bercakap di luar, sebalik/sebenarnya beberapa isu sudah dijelaskan dan disuarakan dalam kabinet baik di negeri atau persekutuan.

Setiap masalah baik negeri atau masalah di nasional akan dibincang di kabinet negeri dan yang dipersetujui secara majoriti maka itulah maknanya keputusan kabinet dan yang minoriti kena akur keputusan kabinet.

Itu sebab kekadang ahli kabinet tidak boleh melanggar etika kabinet untuk bersuara di luar kabinet dan jika ada yang melanggar peraturan itu maka yang terjadi pengerusi boleh memecat/gantung ahli kabinet berkenaan dan itu yang terjadi terhadap DS Shafie Apdal yang dikatakan sekongkol dengan pembangkang mengkritik Najib meski itu sebenarnya fitnah.

DS Shafie menghubungi saya sebentar tadi dan mengatakan ada yang mempersoalkan kenapa saja DS Shafie tidak memperkatakan soal pendatang asing tetapi lebih fokus kepada isu 1MDB yang dikatakan tiada kaitan dengan rakyat di Sabah.

" Dana berbilion-bilion itu dana milik rakyat dan kemudian kesan RM52 bilion itu tidak tahu ke mana perginya pasti membantutkan pembangunan negara dan bila pembangunan negara terbantut, maka cara kerajaan mendapatkan dana ialah dengan mengorek poket rakyat melalui GST dan ini secara tak langsung melibatkan rakyat di kampung. kenyataan kononnya rakyat Sabah tidak terlibat jelas tidak benar " demikian dijelaskan oleh DS Shafie Apdal.

Sekarang ini kesan harga minyak merundum, sawit jatuh harga dan ringgit tersungkur menyebabkan pendapatan negara tidak lagi seperti dulu dan kerana itu kerajaan terpaksa mencari sumber cara lain.
Najib telah menjelaskan tanpa kerajaan melaksanakan GST tentu kerajaan tidak akan terdaya membayar gaji perkhidmatan awam dan kerajaan berkemungkinan akan muflis dan kerana itu untuk atasi semua masalah maka Najib sendiri arahkan agar GST dilaksanakan.

" Berdasarkan kewangan negara agak susah dan disusahkan kesan 1MDB, maka GST dilaksanakan dan alasan rakyat Sabah tidak ada kaitan dengan masalah 1MDB adalah tidak benar " katanya lagi dan kesan DS Shafie Apdal tahu maka itulah ia suarakan di kabinet dan kemudian ia suarakan lagi di luar kabinet dan kesannya ia dipecat dan keahliannya dalam UMNO digantung.

Menyentuh soal pendatang asing di Sabah dan ia jelaskan memang sudah pernah disuarakan di kabinet dan kerajaan sendiri telahpun menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI) dan keputusannya telahpun diperolehi dan Kerajaan Sabah seharusnya mengambil berat perkara ini dan sejauh mana ianya diambil tindakan, maka Kerajaan bawah pimpinan Najib harus telus menjelaskan isu berkenaan.


" isu pendatang asing ini sudah berkali-kali dibahas bincang, malah parti pembangkang sendiri sama ikut memperkatakan hal berkenaan dan apa yang kita mahu laporan RCI itu diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan mendapat laporan daripada JK RCI tersebut" Kata DS Shafie Apdal lagi.