KEDATANGAN SHAFIE MEMBAWA TUAH PARTI BARUNYA 3,000 AHLI UMNO KELUAR

SOROTAN DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI

KEDATANGAN mantan Naib Presiden  UMNO  Datuk Seri Shafie Apdal ke Tawau pada tanggal 25hb Sept. 2016  untuk menghadiri majlis Siratulrahin Hari Raya Aidil Adha membawa tuah kepada parti barunya dan  sebaliknya membawa malapetaka dan bala besar terhadap parti UMNO.
  
Memang sudah diduga awal-awal lagi pastinya kedatangan Shafie ke daerah itu mendapat sambutan beribu-ribu orang khususnya para ahli-ahli UMNO dan termasuk ahli-ahli parti kompenan BN yang lain  menyambut kedatangannya.

Majlis tersebut yang bermula pada jam 10, pagi  dan berakhir pada jam 4.00 petang  telah di hadiri lebih 4,000 orang dengan tujuan ingin mendengar sepatah dua kata ucapan Shafie mengenai perjuangan UMNO/BN yang tidak lagi relevan di Sabah ini termasuk di seluruh Semenanjung.

Sejurus selepas ucapan alu-aluan tersebut   satu majlis penyampai borang keahlian kemasukan ahli-ahli baru kepada parti yang baru ditubuhkan oleh Shafie  seramai 3,000 mereka adalah ahli-ahli terdiri daripada UMNO yang keluar meninggalkan parti itu kerana ingin berjuang bersama-sama Shafie.

Ini jelas kemasukan 3,000 ahli UMNO ke parti baru itu  kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO  sama ada di peringkat pusat dan juga negeri.

Dalam pada itu Shafie  dikabarkan akan pergi ke Sandakan khusus untuk menemui ahli-ahli UMNO untuk mengajak mereka keluar dari pada UMNO  pada penghujung bulan September ini di Sekolah Menengah Yu Yuan masa dan tarikh belum dipastikan lagi.

Semoga kedatangan Shafie ke Sandakan akan membawa tuah kepada parti barunya itu dan ramai ahli-ahli UMNO keluar meniggalkan parti tersebut untuk selama-lama lagi nya.