MP BATU SAPI LINDA TSEN RASMI AGM PBS KAWASAN GUM-GUM

Gambar Kelihatan….Linda (tengah) bersama pemimpin lain di Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Gum Gum dan Sungai Sibuga
 


OLEH: AZMIE AZMAN
Wednesday September 07/2016

GUM-GUM:-  Penduduk di kawasan Gum Gum dan Sungai Manila telah menikmati perubahan positif melalui program transformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah memberi perhatian berat kepada kedua-dua kawasan ini, kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Gum Gum dan Sungai Manila di sini kelmarin.

Hub Pendidikan Sandakan yang terletak di kawasan seluas 500 hektar di Sungai Batang merupakan ilham Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan kini telah mula beroperasi, kata Linda.

“Jalanraya dari dari Batu 8 sehingga ke Batu 16 Gum Gum telah dilebarkan. Pelbagai jalan yang menghubungi kampung dengan jalan utama telah dan sedang dibina,” tambah beliau lagi.

Dari segi penarikan pelancong pula , terdapat banyak tempat-tempat pelancongan di kawasan Sungai Sibuga dan Gum Gum, seperti Taman Buaya,  Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sanktuari Monyet Belanda Teluk Labuk, dan sebagainya, kata Linda.

“Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah berganding bahu untuk menambah bilangan penerbangan ke Sandakan, termasuklah penerbangan sewa khas dari Negara China ke Sandakan yang kini sedang diatur,” katanya.

Dalam ucapannya, Linda menyatakan bahawa beliau percaya pihak ESSCOM telah mencapai objektif dalam mengurangkan ancaman penceroboh-penceroboh dari negara jiran, walaupun usaha ini perlu diteruskan malah dipertingkatkan lagi.

Linda turut menyeru semua ahli PBS di Bahagian Gum Gum dan Sungai Sibuga untuk terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Presiden Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili demi kesinambungan pembangunan di kawasan-kawasan ini.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Gum Gum Datuk Thien Fui Yun dan Ketua Bahagian Sungai Sibuga Chin Tze Min.



No comments:

Post a Comment