SIAPA KATA SHAFIE APDAL TAK BISING DI KABINET?


( suaranya dianggap tikam belakang)
 OLEH: ISMAILY BUNGSU (Wednesday Sept, 07/2016)

" SIAPA.. kata saya tak suarakan di kabinet? Ada kalanya saya semacam bergaduh dengan PM dan ahli2 kabinet lain tapi apa dayanya saya kala suara-suara kita tidak mendapat sokongan" kata DS Shafie Apdal tika ia hubungi saya kelmarin.

Katanya Rahman Dahlan dan yang lain semuanya tahu apa yang saya suarakan, sebalik ada ahli kabinet asyik diam tak berani suarakan kes-kes memudaratkan kesan tindakan=tindakan  pemimpin yang boleh merosakkan ekonomi negara bangsa.

" Kita faham ahli kabinet tidak boleh suarakan di luar dan keputusan kebinet semua kena akur dan kena sama pertahankan meski keputusan itu tidak menyenangkan hati " tambah DS Shafie Apdal lagi.

DS shafie memang lantang suarakan isu2 tertentu terutama hutang negara dan minta dikaji selidik syarikat 1MDB dan mahu jika terdapat salah tatakelola maka tindakan perlu diambil.

" Saya bising di kabinet tidak dipeduli dan kesan tak tahan demi kepentingan rakyat maka saya suarakan di luar dan itu yang menyebabkan saya dipecat dengan alasan fitnah sekongkol dengan pembangkang di atas pentas sama " jelas DS Shafie Apdal.

Ikut laporan peguam negara Amerika dana 1MDB diguna untuk biayai filem anak tiri, bayar kos makan angin di kapal mewah, beli kondo, bayar judi dan macam-macam  lagi.

Hutang negara kian membengkak, dana 1MDB bilion2 entah ke mana dan bunga pinjaman kian meloncat bebankan negara dan akhirnya banjet pendidikan dikurangkan kesan anak-anak bangsa kita terbeban.

" Bila saya suarakan kesan kemungkinan-kemungkinan  memudaratkan negara maka saya jadi korban tapi tidak mengapa dan saya tak pernah menyesal kala jawatan bukan tujuan pertama saya tapi kepentingan rakyat lagi saya utama meski saya dikorbankan" katanya lagi sambil ia ucap selamat hari raya qurban tak lama lagi.

Marilah kita sama berkorban kerana Allah semata bukan kerana sesiapa dan kesan Hari Raya qurban bakal menjelang tiba maka DS Shafie mengajak rakyat terus bersatu dan bersama menentang kemungkaran yang ada di sekitar dan kepenting rakyat harus benar-benar diutamakan.

Salam Raya Qurban dan "Sahabahan for Sabah" dan kita kena ubah Sabah hijrah ke arah yang lebih baik dan sama berkorban kerana Allah semata.
Ubah sabah
Sabahan for Sabah