HAKIKAT ORANG MELAYU SUKA BERLAGAK-TEMBERANG


( dapat projek pandu mercedes akhir naik bas mini)

OLEH: NURLUYANA ABDULLAH
Monday Sept 26/2016

 
SEJAK merdeka kesan melayu tak maju selalu mereka salahkan orang lain dan dikatakan melayu tak maju kerana terlalu jujur dan baik hati sedang cina pula selalu maju kerana boleh menipu dan membuyuk.

Akhirnya adalah pantun diuar-uarkan seperti dikatakan orang: anjing sama anjing/kuyuk sama kutuk/kaling pemusing/cina pembuyuk.

Begitullah pantunnya bangsa melayu yang menyalahkan kaling dan cina dan itu disebut pada abad ke-15 dulu kala jumpa kaling dan ular, baik saja bunuh kaling dan ular biar jalan.

Melayu ini tidak mahu melihat wajahnya di cermin tetapi asyik melihat wajah orang lain.

Kuman sebarang laut ada di pulau mereka nampak sedang kambing gajah lembu di sekitar tidak pula ia sentuh dan kesannya melayu selalu saja lingkup dan kalau adapun maju kesan projek anugerah untung lipat ganda dan pemimpinnya kasih projek sama bagi macam filem P Ramlee sama-sama dapat konon rezeki bersama tanpa peduli itu namanya rasuah duit haram.

Bangsa cina bila berniaga selalu maju dan melayu lingkup sebab bila kita makan di kedai makan melayu lambatnya datang pelayan bikin kita marah dan kata-kata kasarnya bukan main tetapi bangsa cina kita duduk terus dekat dan bertanya cepat datang makanan enak dan panas.

Cina kala kita marah maki tetap dia sabar dan sentuh belakang kita dan yang marah jadi lemah sebalik bangsa melayu kala kita tegur siap semacam hang jebat mahu menikam-nikam guna keris lambang umno dan terhambur kata " kalau kau tak mahu makan sini ada ribu lagi mahu duduk sini" itulah kata-katanya dan yang dikata-katainya siap kempen " jangan makan sana" dan kesannya hidup segan dan mati tak mahu kesannya hidup serba salah.

Dalam politik selalu disebut melayu lim kit siang cina babi atau dap
pig tanpa mereka tahu cina lagi awal islam banding melayu dan tanpa mereka tahu cina Cheng Ho lah yang banyak berjasa kembangkan islam di tanah melayu bersama parameswara di abad ke-15 di Melaka dan sesudah itu barulah datang pedagang-pedagang  arab.

Apakah bangsa melayu lupa semuanya sejarah itu? Jangan hina cina dan jangan hina india sebab ekonomi di malaysia ini kebanyakannya dipeggang oleh kedua kaum itu dan yang melayu hanya berniaga kesan dapat projek anugerah dari kerajaan dan kalau tidak tentunya melayu di Malaysia lebih teruk dan papa kedana sebab tidak bijak mengurus niaga dan ada harta mereka jual jadilah orang luar tuan tanah kedawung atau belanda minta tanah..

Melayu hanya nampak titik hitam tetapi tidak belajar cara cina dan india berniaga dan buku niaga kalangan cina sudah ada sekitar 500 tahun lalu sedang melayu baru saja dimulakan sesudah merdeka dan tidak hairan melayu ketinggalan jauh di belakang kerana sikap sendiri yang tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri.

Kesan ego dan mahu bergaya cakap tinggi dan berlagak maka akhirnya Melayu indah kabar dari rupa dan melayu itu hanyalah terkenal kesan raja hiburan, raja rempit, raja dadah, raja judi, bohong berlagak, raja putar alam dan raja tipu daya di tv dan utusan dan paling teruk menghentam khazanah negara bangsa hingga terkenal di seluruh dunia dan itulah saja yang dapat dibanggakan.

Memang itulah hakikat melayu dan kalau inipun tidak dimengerti baik hilangkan saja bangsa melayu itu sebab saya sebenarnya tidak pernah bangga dengan bangsa cuma saya bangga kesan saya suku murut dan islam agama serta sabahan hidupnya cukup rukun damai serta tidak rasis meski dalam famili kami pelbagai agama dan kepercayaan yang beza tidak pernah menjadi persoalan malah kian rukun damai dan bertambah kasih sayang.

Sabahans for sabah dan sabah mesti kita ubah.