KERAJAAN NEGERI KUASAI SABAH


( menteri persekutuan hanya kasih dana)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday Sept, 11/2016
KEKADANG bila seseorang Menteri persekutuan meninggalkan kerusi menteri persekutuan kesan dipecat/gantung atau meletak jawatan dan kemudian tidak sehaluan dengan parti pemerintah, maka akan ada pertanyaan apa saja yang ia lakukan sejak duduki kerusi menteri.
Kata-kata semacam itu memang mudah diperkatakan kala tidak melihat apa yang disumbangkan secara menyeluruh dan sebagai contoh untuk Sabah sejak DS Shafie Apdal duduki menteri, maka kementerianya memang ada mendapat tambahan peruntukan.
Kesan tambahan peruntukan itulah dapatlah digunakan untuk rumah PPRT seluruh Sabah yang kosnya bilion dan kemudian diikuti dengan tangki biru dan juga jalan-jalan  kampung, kemudahan-kemudahan kampung seperti paip air dan sebagainya.
Untuk menyamakan keadaan di Semananjung dan Sabah juga Sarawak bukan semudah yang disangkakan sebab Sabah dan Sarawak luasnya dengan Semananjung memang lebih kurang dan tentu saja untuk menyamakan kena memakan masa yang lama dan memerlukan peruntukan yang banyak kesan jauh tertinggal.
Seperti yang diperkatakan ketika DS Shafie Apdal tidak lagi menduduki kerusi Menteri di persekutuan, maka ada pertanyaan apa saja yang beliau lakukan selama menduduki kerusi menteri dan apa yang saya jelas itulah antaranya sumbangannya.
Yang perlu dijelaskan di sini bahawa kerajaan negeri diketuai oleh seorang Ketua menteri dan ada kabinet negeri diduduki oleh YB-YB Sabah sendiri.
Di samping YB DUN, Sabah juga ada YB-YB Parlimen kalangan BN dan peruntukan yang DS Shafie peruntukan untuk Sabah itu biasanya disalurkan kepada Pegawai Daerah di seluruh Sabah.
Seperti biasa bahawa apa saja peruntukan yang disalurkan kepada Pegawai Daerah, sebelum dilaksanakan mestilah mendapat restu YB-YB yang ada di DUN atau Parlimen berkenaan dan menteri persekutuan tidak ada hak sesudah peruntukan dihantar ke Negeri.
Misalnya pernah DS Shafie lulus dan hantar peruntukan sekitar RM90 juta untuk bakalan air di Kota Marudu dan kesan berebutan kontraktor mana bakal laksanakan maka kesannya 3 tahun tertangguh dan ketika itu menteri persekutuan tidak punya kuasa untuk menunjuk kontraktor mana dimahu dan yang juta-juta itu tentulah kelulusan Ketua Menteri sendiri dan yang berkenaan hanya melakukan tender tertutup atau secara anugerah.
Nah, jelas yang jumlah berjuta, itu perlu kelulusan ketua Menteri dan ini kekadang terdapat banyak masalah sebab yang menentukan siapa yang dapat projek itu atau bakal kendalikannya terserah kepada kerajaan negeri sendiri bukan kementerian di Persekutuan kecuali setelah mendapat kelulusan KM, maka kementerian Kewangan biasanya hanya mengeluarkan surat tawaran untuk kendalikan kerja-kerja berkenaan.
Pernah seorang ahli parti pemerintah menemui DS Shafie di Kuala Lumpur untuk mendapatkan peruntukan di satu daerah dan sesudah dikaji memang harus dibantu dan DS Shafie meluluskan tetapi bila dihantar ke Pegawai Daerah, yang tadinya memohon tidak dapat apa-apa kesan pihak Sabah berikan kontraktor lain kendalikan kesan semuanya dikuasai/kelulusan yang berkuasa di Sabah sendiri.
Nah, berdasarkan apa yang dijelaskan ini diharap dapat sedikit gambaran keadaan sebenarnya dan menyalahkan DS Shafie Apdal itu tidak adil kala hal-hal Sabah bukan kuasanya.