KEMBALIKAN KUASA POLITIK SABAH RAKYAT TOLAK UMNO/BN


OLEH: SORAYA EGG
Friday Sept. 30/2016

1.SEJAK kebelakangan banyak dibicarakan isu penyatuan parti parti pembangkang tempatan Sabah sebanyak 13 buah parti yang layak bertanding PRU14.

2.Namunpun ada usaha usaha penyatuan melalui USA tetapi hanya lah merupakan ikatan longgar dan tidak ada seberang perkembangan setakat ini malahan dilihat cuba berdiam diri berhubung isu isu yang dihadapi oleh kerajaan kalau adapun hanya sekadar melepas batuk di tangga.

3.Kehadiran Datuk Seri  Shafie Apdal berasaskan parti tempatan menghangatkan kembali politik Sabah dan mendapat sambutan yang baik dari rakyat Sabah di mana setiap jelajah dapat menghimpun orang awam 8,000 hingga 20,000 untuk mendengar amanat dan penerangan Shafie.


4.Namunpun parti beliau dalam proses akhir penjenamaan semula telah ramai ahli ahli UMNO dan orang awam dan beberapa wakil rakyat bersedia bergabung dengan parti beliau sebaik pelancarannya dirasmikan.

5.Kemasukan pemimpin pemimpin muda KDM telah membawa nafas baru dan keyakinan orang ramai semakin meningkat bahawa mampu menghadapi UMNO dan Musa semasa PRU14 seterusnya dapat mengembalikan maruah politik Sabah yang selama ini berlindung di bawah ketiak UMNO sehingga harus berbisik kepada Najib untuk mendapatkan hak rakyat Sabah.

6.Shafie akan menghimpun pemimpin baru bertenaga muda untuk melatari partinya kelak yang bebas dari korupsi dan berakhlak tinggi takut kepada Allah demi membangunkan negeri ini yang jauh ketinggalan berbanding Malaysia Barat.

7.Selain jadi tumpuan kerjasama parti lokal dan menjadi keutamaan kerjasama peringkat Nasional di khabarkan Shafie tak sabar menunggu hujung tahun ini akan terbentuk satu kerjasama politik meliputi Sabah-Sarawak-Semenanjung dalam satu wadah bergerak bersama untuk membentuk Malaysia Baru(Kerajaan pusat dan Negeri)

8.Jika kerjasama ini ujud kemungkinan parti luar DAP dan PKR akan diserapkan dalam parti pimpinan Shafie dan akhirnya hanya UMNO sahaja yang tinggal parti luar berhadapan dengan semangat S4S.

9 Apakah SAPP dan STAR Sabah mampu bersendirian berhadapan BN atau pun mengambil peranan sebagai peranan PAS untuk memecahkan undi untuk memberi kelebihan pada UBN.

10.Rakyat Sabah sudah pasti mahu perubahan skala besar, memajukan rakyat adalah tanggungjawab setiap pemerintah tetapi yang penting nawaitu dan roh sesebuah kerajaan.