SEMPORNA KINI JADI PUSAT PENCULIKAN.....MANA ESSCOM?


( jam 2:00am culik di sekitar POM POM)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Monday Sept, 12/2016

SABAH ini bukan saja mendapat title TERMISKIN dan pendidikan asas paling tersorot di Malaysia serta tanah, pulau bukit dimiliki oleh orang luar termasuk kroni dan suku sakat, malah kes CULIK ada saja berlaku setiap bulan.

Kes culik ini merupakan sejenis perkerjaan yang mendatangkan kekayaan dan mudah jadi jutaan dan dan sesudah diculik yang merundingkan sama untuk dilepaskan tiba-tiba sama mendapat juta dan seolah menjadi kesukaan pula.

Pagi tadi sekitar jam 2:00 pagi memang ada penculikan di sekitar perairan POM POM Semporna dan dijelaskan yang diculik itu tiga orang bernama Masurin Salun, Sami dan Loloi Alpin.

Ketika mahu meraikan hari raya Qurban, ketiganya diculik seolah dikorbankan dan inikah yang Musa Aman katakan yang keadaan Sabah terkawal dan selamat serta aman makmur bahagia?

Kalau keadaan di Sabah terus begini dan ESSCOM yang menerima peruntukan berjuta gagal melaksanakan tugas menjaga keselamatan di perairan pantai timur, baik bubar saja ESSCOM itu dan serahkan terus kepada tentera untuk kawal perairan.

Jelas Musa Aman sebagai pengerusi Keselamatan Sabah gagal melaksanakan tugasnya sebagai pengarah keselamatan Sabah dan alasan perairan Sabah bukan alasan yang sering terus dilontar sebagai alasan.

Kehidupan nelayan di Pantai Timur terutama di Semporna memang susah dan ditambah dengan keadaan di perairan tidak aman, maka ini tambah menambah berat kesusahan rakyat di sana.

Apa namanya merdeka kalau hidup rakyat susah cari makan dan di mana-mana saja terasakan TIDAK AMAN kecuali Musa Aman saja yang selamat dan aman.