TAJAMNYA MATA PENA


( fokas bidang media)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Thursday Sept. 29/2016

PENA itu lebih tajam banding belati. Pemimpin atasan lebih takut dengan nota/mata pena dan itu bisa menjadikan mereka tersungkur jatuh tak bangun-bangun.

Itu sebab banyak negara di dunia kebanyakannya tersungkur bila kaum penulis/wartawan tidak lagi sebelahi mereka dan sekarang ini banyak kerajaan di barat/timur selatan utara jatuh tersungkur kerana media laman sosial.

Laman sosial seperti facebook, grup facebook, twitter, grup whatsapp cukup bahaya, apa lagi kalau2 semua digunakan untuk menyerang tetapi di Malaysia ini yang saya perhatikan ramai suka sangat hanya di grup WHATSAPP dan ini sebenarnya tidak cukup.

Grup Whatsapp keahliannya hanya sekitar 256 orang sahaja dan biasanya ahli2 terdiri teman-teman dalam parti dan kesannya berita atau bahan tidak menyebar secara pantas dan kesannya tidak begitu secepat kilat.

Misalnya saya perhatikan hanya sekitar 3 grup Facebook PKR sahaja yang wujud di Sabah dan di Sarawak langsung tidak saya temui.

Yang ada semuanya saya cipta sekitar 100-120 grups seperti grup Facebook PKR Kuching, Samarahan, Bintulu, Lawas, Bareo, Miri, Sarikei, Hulu Rejang, Lubok Antu, PKR Sabah Sarawak dan banyak lagi.

Sementara di Sabah, saya cipta PKR Nabawan, Sandakan, Kinabatangan, Kudat, Sipitang, Tenom, Dandun, Pitas, Kiulu, Kinabatangan, Silam, Papar, Membakut dan sebagainya.

Tak terkira grup Facebook lain seperti KALA JANTUNG BERDEGUP ahli 140,000 orang, Wajah Sabah, DSSA dan banyak lagi termasuk juga grup di Semananjung yang saya sendiri dilibatkan sebagai admin.

Barangkali semuanya keahlian di sekitar dua juta orang dan ini belum dikira blog, Twitter dan banyak lagi.


Tetapi sayang sekali orang politikus terutama mereka yang duduki kerusi parti ada pula yang tidak kesah hal-hal  ini sedang semuanya ini amat penting sekali tetapi mereka itu asyik sebuk di grup WHATSAPP yang ahli limit tidak lebih 256 orang dan kekadang perbincangan hanya terhad di kalangan mereka-mereka sahaja dan orang lain tidak dilibatkan, lalu bagaimana mahu menarik ahli untuk sertai parti dan menjadi pengundi menangkan parti di PRU mendatang?

Terus terang di dalam parti Penerangan dan Komunikasi harus memainkan peranan dan termasuk STRATEGI dan harusnya JK ketiga jawatan penting ini dibentuk satu jawatankuasa agar di daerah masih-masih ada pengerusi untuk menggerakkan dan mencipta grup2 di cabang masing-masing.

PRU14 dijangka sekitar Mac-Ogos tahun 2017 dan difahamkan sesudah raya tetapi kalau yang berkenaan asyik mendiamkan diri dan tidak bergerak dan tidak berkerja secara keras maka saya lihat BN semula berkuasa.

Nah, kerana itu pengerusi parti atau yang berkenaan harus semula memikirkan hal ini dan harus bergerak secara cepat, tangkas yang boleh menggerunkan musuh politik.

Sekarang ini memang banyak sangat ISU dan kalau yang berkenaan dapat memainkan peranannya maka tidak hairan BN akan tersungkur di PRU14 akan datang.