SHAFIE APDAL AKAN BERADA DI TAWAU PADA 25/09/2016 SEMUA DIJEMPUT HADIR


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday Sept. 21/2016


TIDAK boleh tidak di PRU14 kita kena tumbangkan BN. Kita sudah cukup bersabar. Kita sudah cukup menahan luka. Kita tidak berupaya lagi. Kemiskinan menekan-nekan dan menyeksa rakyat jelata.

Hidup semakin susah sedang pemimpin bermewah-mewah, kaya raya dan asyik membutakan mata dan menulikan telinga rakyat.

Kekayaan kita melimpah ruah tetapi kenapa kita jadi miskin papa dan kenapa pendidikan asas paling tersorot sekali di Malaysia?


Rakyat Sabah terlalu baik sangat. Rakyat Sabah terlalu bertimbang rasa. Rakyat Sabah terlalu bertolak ansur dan kesannya kepala kena pijak oleh mereka yang di atas.

Memang kita akui tidak semua yang di atas terutama dalam parti pemerintah jahat dan ada yang baik tetapi mereka tidak terdaya melawan sebab melawan bermakna mati, melawan bermakna susah, melawan siap digantung dan pecat susah anak bini nantinya makan meski rezeki itu ada di mana-mana.

Sekarang ini segala barang mahal sedang pendapatan berkurangan dan tidak berganjak langsung dan kehidupan memang penyepit dan membengkak.

Tiap tahun beribu lulusan universiti meninggalkan kampus untuk mendapatkan kerja tetapi luang kerja kurang dan akhirnya mereka menganggur.

Syarikat-Syarikat besar dan terkenal golong tikar dan ramai dibuang kerja balik kampung usaha sendiri tetapi di kampung juga makin susah dan para ibu bapa tidak lagi mampu menghantar anak ke universiti kesan pendapatan susah dan biayai universiti mahal sangat.

Yang selesai di sekolah menengah hanya diam di kampung dan untuk menjadi pertani tanah susah dapat dan biasanya milik orang asing yang tidak dikenali dan tanah-tanah beribu ekar milik syarikat dari luar negeri dan kalau adapun kroni menteri memiliki semuanya.

Bukit lurah hingga ke pulau dianugerahkan kepada mereka yang berjasa kepada parti konon balasan dan kemudian dijual kepada orang asing, sedang rakyat tidak diberi peluang langsung untuk memilik tanah dan yang ada hanyalah tanah warisan yang menjadi kelahi famili.

Inilah sebahagian gambaran bangsa kita yang terus mahu menggapai awan tetapi tak kesampaian tangan tak sampai dan akhirnya mereka hanya melihat lelangit dalam kamar sambil menatap masa depan yang samar dan gelap.

Ini aku di sini terus bertanya tetapi pertanyaan selalu saja menjadi teka teki dan teka teki menjadi persoalan dan persoalan pula terus mengundang curiga di hati dukalara pahit terasakan.


Apa saja yang terjadi di sekitarku ini dan yang aku lihat rakyat ada yang masih tidur seolah tidak tahu dan sampai waktunya kamu semua akan penjadi pelarian di tanah bumi air sendiri.
Kita kena ubah dan Ubah Sabah.