SHAFIE TUBUH PARTI BARU BUKAN KERANA GILA KUASA ATAU JAWATAN


OLEH” ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept. 29/2016

DATUK Sri  SHAFIE APDAL dipecat dari jawatan menteri hanya sekadar menegur PM kasus 1MDB. Tegurannya hanya bertanya dan jika salah ia mahu dibetulkan dan mahu tidakan diambil kepada yang berkenaan sebab itu dana rakyat dan kabinet diamanahkan oleh rakyat. Itulah etika berparti.

Sesudah dipecat, kemudian Shafie  digantung atas cadangan Musa Aman dan sokongan menteri lain dari Sabah. Cadangan gantung tanpa diminta tunjuk sebab seperti biasanya dilakukan dan apakah tindakan itu betul? Rakyat boleh fikir.

Setelah tangan kaki diikat dan mulut disumbat, maka bagaimana Shafie mahu hidup dan bergerak? Maka akhirnya ia tinggalkan parti yang ia sertai dan cukup setia selama 30 tahun, Itu jangka yang paling lama dan kesetiaannya cukup jelas.

Lalu Shafie  umum tinggalkan parti UMNO kerana parti UMNO tidaklah seperti dulu yang perjuangkan rakyat, negara dan bangsa sebalik lebih kepada kepentingan diri, kroni, suku sakat dan sebagainya sedang rakyat tidak dipeduli dan contohnya di Sabah muncul Sabahan termiskin sekali di Malaysia.

Kesan Shafie tidak punya parti, maka shafiepun menubuhkan parti dan sedang dalam proses ROS luluskan LOGO dan Nama parti/sekadar tukar nama dan logo dan partinya memang sudah lulus.

Bila Shafie tubuhkan parti, maka banyaklah yang berkata konon Shafie  mahu jawatan ketua Menteri dan sebelum ini Shafie  sudah jelaskan dia BUKAN GILA JAWATAN KETUA MENTERI dan tidak kemaruk jawatan sebalik yang ia utamakan perjuangan untuk rakyat dan itu satu amanah yang harus dipikulnya sebagai wakil rakyat yang masih diberikan keperayaan.

JAMAWI sebenarnya mantan pegawai Khas  Shafie  sendiri yang banyak dibantu dan banyak mendapat keistimewaan kala duduki kerusi pegawai KHAS Shafie  dulu dan apakah ini tidak benar?

Kenyataannya di Keningau konon Shafie  mahukan kerusi ketua Menteri itu jelas tidak benar, malah satu kenyataan yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan Shafie  sebelum ini yang tidak gila jawatan.

Jelas tuduhan itu tidak benar dan tentunya JAMAWI merasa gerun bila perhimpunan yang Shafie hadiri di Tenom bulan lalu sekitar 15,000 orang hadir dan itu cukup menakutkan BN/UMNO terutama diri Jamawi sendiri.

Bukankah Jamawi di PRU lalu ingin benar merebut kerusi MP Tenom, tetapi ketua menteri memilih MP yang sedia ada untuk bertanding dan ketika itu Jamawi semacam merajuk dan bukankah itu juga ada keinginan untuk duduki kerusi YB? Ini perkara bisa selagi punya cita-cita keinginan kecuali orang gila.

Kalaulah Shafie  mahu ke kerusi Ketua Menteri, lalu apa salahnya? Salahkah setiap individu yang ada kemampuan mahu menjadi pemimpin termasuk

Jamawi sendiri yang mahukan kerusi MP Tenom itu?
Jamawi seorang pemimpin muda yang berpotensi/yang cukup besar untuk naik ke atas dan terbaik kena jaga bahasa dan kena fikir baik-baik untuk melontar kata dan sebaiknya usaha lebih titikberatkan kepentingan rakyat terutama di Tenom yang jauh tertinggal.

Jamawi usahakan kampung-kampung di Tenom yang sampai saat ini masih tidak punya paip air seperti sungai Api, Paal dan yang berdekatan dan jalan yang teruk dan bangsa murut di sana harus dikeluarkan dari kepompong kesusahan yang amat sangat dan itu lebih diutamakan banding memperkatakan soal Shafie  yang terus berusaha dan menyuarakan kepentingan rakyat Sabah.

Kembalilah kepada diri dan pejuangan asal Sabahan dan dengarlah degup jantung keluh desah rakyat sebenarnya banding memperkatakan yang tidak membawa apa-apa demi kebaikan rakyat.

Rakyat memerlukan perjuangan dan pembelaan anak muda seperti Jawawi dan diucapkan selamat maju jaya duhai saudaraku Jawawi.