ANTA RA DASAR POLITIK SHAFIE APDAL


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sunday Sept, 18/2016

MENANAM  dua biji jagung dalam satu lobang lebih bererti dari awalnya hanya sebiji dan itulah dasar politik yang mudah untuk berdiri di puncak.

Kawan dalam dunia politik biasanya tidak kekal dan ada kalanya hari ini memang kawan dan esok menjadi lawan dan ini perkara biasa sebab sesebuah parti kekadang bisa saja berubah dasarnya terserah kepada pemimpin yang memimpin sesebuah parti itu.

UMNO awalnya kita lihat perjuangannya demi kepentingan Malaysia tetapi setelah sekian lama kuasai negara, kepimpinan begitu berubah dan dasar-dasar parti dan dasar negara hanyalah retorika semata sedang yang diperjuangkan bukan untuk rakyat sebalik untuk kepentingan diri, suku sakat serta kroni terdekat.

Kerana itu DSSA muncul untuk menegur kepimpinan atasan dan kesan UMNO itu sudah sekian lama berkuasa dan mula lupa diri maka sesiapa saja yang menegur kebaculan kepimpinan atasan maka tindakan atasan ialah memecat, menggantung dan sebagainya dan itulah yang menjadi amalan UMNO masa kini.

Demikianlah yang terjadi terhadap diri DS Shafie Apdal yang popular dengan sebutan DSSA.

Kita semua tahu siapa DSSA selama ini dan di mana-mana kala berucap kata-kata selalu diperhatikan dan dia cukup berhati-hati dan itu sebab ia jelaskan bahawa dasarnya yang cukup menarik tidak pernah berkata kesat, tidak kasar dan jauh menghina aibkan meski ia sendiri selalu kena hina, kutuk dan malu2kan.

Iya, itu dasar caranya Shafie berpolitik dan makanya selalu ia ingatkan dan katakan, "biarlah mereka memaki kita atau benci kita tetapi kita jangan sekali-kali benci mereka" Itulah yang selalu dia pesankan.

Itu sebab baik di Semporna, Sandakan, Kota Belud, Tenom dan Membakut tidak pernah ia memperkatakan atau berbahasa kesat dan kalau ada sedikit keras itu hanya menjelasan kesan tuduhan orang lain terhadap DSSA sendiri.

Memang antara saya dan DSSA selalu bercakap dan yang dia
mahu berkerjasama dengan sesiapapun/tak kesah parti atau siapa saja asal ada kejujuran untuk bersama menumbangkan kepimpinan Barisan Nasional di PRU mendatang.

" Dasar-dasar yang membenci atau rasis sama sekali tidak kita mahu dan yang kita junjung ialah menghormati semua agama, semua budaya dan kepercayaan masing2 seperti termaktub dalam perlembagaan Malaysia" Katanya.

Malaysia sebuah negara yang terdiri perbagai kaum dan bukan milik bangsa Melayu semata dan kesan Malaysia di dalamnya ada pelbagai bangsa dan beza agama, maka semua orang berhak, bebas bersuara dan bebas melakukan apa saja asal undang-undang yang dipersetujui bersama dipatuhi.

" Kita berpolitik untuk pejuangan ke arah keadilan dan keamanan sesama dan kita mahu rakyat Malaysia bebas ke mana saja mereka suka dalam keadaan aman bukan dalam keadaan ketakutan seperti yang berlaku di Semporna asyik diadakan perintah berkurung" Katanya.

Sabah sebuah wilayah yang kaya dengan sumber alam dan tentunya merupakan sesuatu yang aneh dan tidak masuk akal kesan Sabahan menerima anugerah TERMISKIN dan PENDIKAN ASAS tersorot.

" Perlembagaan kita jelas mengutamakan pendidikan dan Islam sendiri lebih utamakan umatnya berIQRA dan kerana itu pendidikan terhadap anak bangsa kita harus diutamakan, tetapi kesan kemiskinan yang terjadi di Sabah dan kos pendidikan kian mahal maka ramai ibu bapa di Sabah tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke Universiti dan ini cukup menyedihkan kita" Katanya lagi dan itu merupakan dasar perjuangan DSSA nanti.

Apa yang dikehendaki oleh DSSA hanya boleh tercapai jika BN ditumbangkan di PRU14 akan datang dan tentu rakyat Sabah lebih maklum keadaan ini sebab selagi Najib kuasai BN dan terus duduki kerusi Perdana Menteri maka wawasan 2020 nanti tidak hairan Malaysia bukan makmur sebalik miskin papa kedana dan anak bangsa akan merempat di negara sendiri.