DAP SAMBUT HARI MALAYSIA 53 DAN SAMBUT ULANG TAHUN 50 DAP PADA 16-09-2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sunday Sept. 18/2016


SANDAKAN:- Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Malaysia yang ke 53 sekaligus menyambut ulang tahun ke 50 DAP telah diraikan di Dewan Hakka Sandakan Taman Tying baru-baru ini.

Sambutan yang bertemakan 
“Selamatkan Malaysia-Malaysia Sejahterakan Malaysian-Malaysia telah mendapat sambutan.

Tetamu kehormat pada majlis sambutan kedua-dua program itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dan para pemimpim tertinggi DAP Malaysia.

Dalam ucapan pengerusi penganjur sambutan tersebut yang juga Ahli Parlimen Sandakan merangkap Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt antara lain menekankan pentingnya kerjasama  erat di kalangan ahl-ahli akar umbi DAP seluruh Negara demi menjamin kekuatan perjuangan DAP yang semakin hari semakin diterima rakyat berbilang kaum.


Dengan wujudnya kerjasama yang intim maka pastinya menjamin kemenangan besar pada PRU14 nanti untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO yang berkisar rejim dan kuku besi.



“Kita sedar sekarang rakyat di Negara ini dalam mengharungi kesempitan hidup gara-gara ekonomi Negara tidak stabil disebabkan salah laku para pemimpin UMNO/BN yang terbabit melakukan korup” katanya.