SUDAH SEMESTINYA KERAJAAN ALA PBS TIDAK BERULANG LAGI


OLEH: SORAYA KIGIS
Sunday Sept. 25/2016

1.PUTARAN  politik Sabah akan berulang kembali pada 1975 pertembungan Tun Fuad(BERJAYA) dan Tun Mustapha(USNO) AL-Fatihah bagi mereka.

Disusuli tahun 1985,Tan Sri Harris dengan Tan Sri Pairin,pada asalnya mereka ini berasal dari pemimpin parti yang sama berakhir dengan perpecahan,kecuali di antara Tun Sakaran dan Tan Sri Pairin berasal dari parti yang berlainan(UMNO-PBS).

2.Putaran ganas politik Sabah berulang setiap dua penggal atau memasuki penggal ketiga kerajaan dalam pemerintahan setiap parti akan bertukar tangan USNO 1967-1975,BERJAYA 1975-1985,PBS 1985-1994 kecuali UMNO Sabah sejak 1994 dan dijangka akan menghadapi tentangan hebat dalam PRU14 dijangka akan berlangsung awal tahun 2018 mendatang.

3.Datuk Seri Shafie Apdal mantan naib presiden UMNO telah meninggalkan partinya dan menubuhkan parti baru berasaskan parti tempatan berhadapan dengan Barisan Nasional bersama sekutu sekutunya parti pembangkang yang lain akan bekerjasama peringkat negeri dan negara yang bertujuan mengakhiri pemerintahan kerajaan di bawah pimpinan Najib yang ditimbuni sampah permasalahan yang terbesar di abad ini.

4.Ramai pemerhati kecenderung menjatuhkan Barisan Nasional adalah amat cerah berdasarkan pengalaman tokoh tokoh barisan pembangkang dapat mengatasi ketokohan pemimpin dalam kerajaan sekarang yang dibarisi mantan pemimpin UMNO perdana menteri,dua timbalan perdana menteri (Anwar,Muhyiddin) naib presiden (Shafie)pemimpin berkarismatik Cina,Lim dan ketua menteri Pulau Pinang serta menteri besar Selangor dan yang lain,berhubung logistik dan jentera parti tidak siapa yang dapat mempersoalkan malahan setanding dengan Barisan Nasional.

5.Kebiasanya politik Sabah kecenderungan melihat ketokohan pemimpin dapat mengatasi pengaruh parti dengan kata lain parti hanya sebagai alat, karisma pemimpin dan suku lah dapat menentukan jatuh bangunnya sesebuah parti politik Sabah pada kelazimannya.

6.Adakah UMNO Sabah dapat bertahan lama atas pengaruh parti itu atau ketokohan ketua menterinya, ramai yang beranggapan bukan faktor itu tetapi bumiputra Islam Sabah tidak ada alternatif parti pilihan dan phobia dengan kemunculan ala kerajaan yang dipelopori PBS satu ketika dulu.

7.Kalau kita berandaian alasan diatas dan benarlah teori itu kemunculan DSSA akan mengatasi Musa kerana beliau adalah sebatang kara dalam politik Sabah berbanding DSSA yang mempunyai grass root di belakang KDMR yang teramai di negeri ini.

8.Kegusaran kemunculan kembali pemerintahan ala PBS tidak akan berlaku atas keikhlasan Darell dan Terence sebagai perintis KDMR menerima bekerjasama di bawah satu payung bersama DSSA dijangka jika ditakdirkan tumbangnya pemerintahan Musa di Sabah akan terbentuklah kerajaan ala BERJAYA yang memberi peluang sama rata kepada pemimpin dan rakyat Sabah.

9.Pemimpin Muda dari suku Rungus khas kepada Dato Jelani Hamdan jangan lepaskan peluang"saya bukan mengajar itik berenang tapi hanya menunjukkan lubuk berenang" demikian juga dari etnik Murut angkat lah maruah bangsa kamu yang tertindas selama ini.

10.Kembalikan kegemilangan politik Sabah sebagai kuasa tawar menawar dan dapat mempengaruhi keputusan kerajaan Persekutuan. UBAH SABAH ke arah negeri yang bermaruah dan digeruni......