MPS GAGAL TANGANI MASALAH PARIT TERSUMBAT TAMAN INDAH JAYA DAN SAMPAH BANDAR LITAT....DAKWA WONG



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Wednesday Sept 28/2016
SANDAKAN:-  Di mana letaknya tanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  kenapa gagal menangani masalah sampah sarap di dua kawasan perumahan hingga menimbulkan keresahan di kalangan penduduk setempat.
Antara dua kawasan yang jadi sasaran utama pembuangan sampah berselerak dan saliran parit tersumbat yang menyebabkan air bertakong dibiarkan begitu saja oleh pihak MPS.
Pihak MPS  hanya pandai memungut cukai pintu cukai sebagainya tetapi khidmat yang diberikan kepada penduduk amat dimemuaskan hati dan menjengkelkan.
Dalam pada  itu Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt (DAP) menggesa MPS untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan sampah-sarap dan longkang di Bandar Letat,Jalan Lintas Utara dan juga Taman Indah Jaya Fasa 1 sebagai pencegahan pembiakan nyamuk yang membawa demam denggi dan Zika.
Beliau amat kecewa dan tidak puas hati terhadap MPS yang tidak prihatin dan tidak mengambil berat terhadap kepentingan orang ramai. Oleh itu, beliau mempersoalkan MPS mengapakah mengutip cukai pintu,tetapi tidak menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya?
Sekiranya Pengerusi MPS dan ketua-ketua Jabatan tidak mahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,maka mereka haruslah meletakkan jawatan supaya orang yang berupaya boleh menggantikan mereka.
Wong berkata bahawa bukan sahaja Bandar Letat dan Taman Indah Jaya yang menghadapi saliran perparitan terhalang oleh rumpai dan sampah, manakala hampir setiap kawasan di Sandakan pun menghadapi masalah yang sama,takkan kakitangan MPS tidak tahu tentang masalah ini?
Beliau mengingatkan MPS bahawa musim hujan sudah datang dan sekiranya longkang yang tersumbat tidak dibersihkan bagi menjamin pengaliran air yang lancar, sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk, MPS haruslah bertanggungjawab kerana membawa risiko kepada kesihatan orang Sandakan.
Wong juga menegaskan bahawa MPS tidak berkhidmat untuk rakyat, wakil rakyat BN Sandakan tidak pernah bersuara untuk rakyat Sandakan dan mengabaikan kepentingan rakyat Sandakan. Oleh itu, rakyat Sandakan haruslah menewaskan BN dengan undi pada pilihanraya yang akan datang.
Top of Form


No comments:

Post a Comment