JAMBATAN LORONG 24 KG SIM-SIM PERLU DINAIK TARAF DEMI KESELAMATAN PENGGUNA.......KATA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Wednesday 28/2016

TANJUNG PAPAT:- Di mana letaknya tanggungjawab seorang Wakil Rakyat Tanjung Papat yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 tidak pernah kelihatan untuk turun padang bagi menyelesaikan sesuatu masalah rakyat,

Seorang penduduk Kampung Sim-Sim Jambatan Lorong 24 telah mendakwa  bahawa jambatan untuk menghubungi kerumahnya amat berbahaya kepada pennguna kerana tiada  benteng ciri-ciri keselamatan.


Kata penduduk berkenaan yang mengadu hal ini kepada Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt  sewaktu Wong membuat lawatan ketempat berkenaan menjelaskan sudah beberapa kali perkara itu dilaporkan kepada pihak JKKK Kampung Sim-Sim akan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan malahan membiarkan perkara begitu saja.

Sebagai Wakil Rakyat khususnya MP Sandakan yang diberi mandat  oleh rakyat Wong berjanji  untuk berusaha membantu bagi menyelesaikan masalah tersebut  dengan secepat mungkin yang boleh.


No comments:

Post a Comment