PASUKAN POLIS MARINE GAGALKAN CUBAAN SELUDUP TONG GAS KE INDONESIA




BY ADMIN
Monday September 05/2016

Gambar.....Pasukan Polis Marine (PPM)  Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 42 Tong Gas Memasak
Pak Roshan 152 views Jenayah,Mutakhir Gambar Oleh   The Sabah Insider Online 


TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar 42 tong gas memasak berjenama Shell dipercayai ke negara jiran, petang semalam. 

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohammad Madun berkata anggota PPM yang menjalankan rondaan Ops Paradise sekitar pukul 5.15 petang di kawasan Sungai Umas-Umas, melihat sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan sebelum memeriksa bot terbabit. 

“Hasil pemeriksaan didapati, 42 tong gas ditemui di dalam jongkong berkenaan. Seorang lelaki penduduk tetap berusia 21 tahun yang gagal menunjukkan dokumen kebenaran daripada Jabatan Kastam telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 7 (4) Akta Kawalan Perbekalan 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sementara itu, dalam Ops sama, Mohammad berkata pasukannya telah menahan sebuah bot jongkong KM Anugerah berikutan melanggar perintah berkurung yang dikuatkuasa dari pukul 7.00 malam hingga 5.00 pagi itu. Katanya, anggotanya yang melakukan rondaan di sekitar pelabuhan Tawau pada pukul 9.15 malam tadi terjumpa sebuah bot jongkong yang kelihatan mencurigakan dipercayai baharu tiba dari Tarakan, Indonesia. 

“Hasil pemeriksaan mendapati jongkong itu tiada kebenaran untuk belayar pada waktu malam di kawasan perintah berkurung. 

Jongkong itu ditarik ke jeti PPM sementara juragan dan dua anak perahu kesemunya berumur lingkungan 25 hingga 40 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya lagi. 


Mohamad berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan akan disiasat di bawa Seksyen 21 (2) Akta Polis 1967, kerana gagal menunjukkan permit kebenaran untuk melalui kawasan perintah berkurung itu daripada pihak berkuasa Malaysia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment