GERAKAN PARTI TEMPATAN SABAH AKAN MENGAKHIRI KEMARAU POLITIK SABAH DIPELOPORI OLEH SHAFIE APDAL


OLEH: SORAYA EGG
Friday Sept, 16/2016

1.MANTAN Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke tahap akhir pelancaran parti Gerakan Parti Tempatan Sabah (GPTS) dalam masa terdekat ini yang memberi tumpuan kepada politik negeri ini dan tuntutan rakyat Sabah berhubung hak mereka yang belum ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama 53 tahun yang berlalu.

2.Demikianlah petikan melalui laman sosial Facebook miliknya, parti tersebut masih lagi dalam proses penubuhan dan ia akan dibentuk pada masa terdekat dijangka akan disertai oleh parti parti tempatan Sabah yang mempunyai gagasan yang sama tetapi masih diperingkat awal perundingan tetapi menampakan tanda tanda positif kerana didorong mood parti parti pembangkang mempunyai objektif yang serupa menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang gagal mengurus pentadbiran negara yang dipenuhi berbagai skandal yang akibatnya ditanggung oleh rakyat.

3.Mengulas tentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr. Mahathir Mohammad, Shafie berkata, GPTS akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PPBM jika bertanding di Sabah, atau membuat kerjasama tak langsung mana mana parti politik luar asalkan tidak membelakang aspirasi rakyat Sabah kerana kita sedar berhadapan dengan Barisan Nasional tidak lah semudah apa yang kita fikirkan, mereka adalah kerajaan dan jenteranya amat kukuh jadi jika dihadapi persendirian mungkin menyukarkan laluan kita,mahu atau tidak sewajarnya kita saling sandar menyandar terutama pemimpin yang banyak pengalaman dan berpengaruh untuk menjamin mengekang seterusnya menumbang Barisan Nasional.

4.Rakyat Sabah dan penyokong Datuk Seri Shafie Apdal menanti gerakan beliau, seterusnya tambah beliau semuanya akan berlaku pada masa terdekat ini Jentera parti akan bergerak ke seluruh negeri Sabah sebaik sahaja ia dilancarkan rasminya nanti,beliau meminta tempoh sedikit masa lagi kepada penyokongnya pada peringkat ini Cara kerjasama akan dibincangkan bersama kerana apa yang penting, asas perjuangan pembangkang adalah sama, iaitu menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin banyak kepincangannya yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

5.Beliau mempunyai keyakinan gerakan GPTS mendapat sokongan dan sambutan rakyat Sabah sangat tinggi walau bagaimanapun terserah sokongan rakyat terhadap beliau tetapi apa yang penting, perjuangannya untuk membela nasib rakyat negeri ini akan dapat dilaksanakan dengan penuh keadilan.

Biarlah rakyat membuat penilaian sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti,pemimpin hanya mampu menawarkan jasa terserah kepada rakyat Sabah menerima atau disebaliknya.