KEMBALI KEPADA RAKYAT



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept, 08/2016

" KITAini orang kecil dan tak sekuat Rahman, Salleh dan Pandikar. Mereka itu berkuasa dan boleh kasih projek di sana sini dan mereka boleh cakap apa saja dan rakyat percaya mereka " Kata DS Shafie Apdal dan saya terdiam mendengarkan dan terus mendengar.

DS Shafie menjelaskan yang ia naik ke atas kerana rakyat yang memberikan amanah dan kepercayaan untuk perjuangkan rakyat dan sebagai wakil rakyat tentu saja harusnya bersuara bagi pihak rakyat.

" Rakyat pilih kita dan amanahkan kita dan amanah itu kena suarakan di kabinet atau di parlimen bagi pihak kabinet untuk diambil tindakan dan itulah tugas kita untuk mempastikan apa yang kita janjikan masa election dapat ditunaikan" Katanya dan kerana itulah sebagai wakil rakyat ia harus memperkatakan apa saja keinginan-keinginan rakyat untuk ditunaikan oleh kerajaan yang memerintah.

" Kita faham tidak semua keinginan2 rakyat itu dapat ditunaikan tetapi ianya sedikit demi sedikit boleh dipenuhi secara bergiliran dan tidak sekaligus sebab kawasan Sabah dan Sarawak sama besar dengan tanah semananjung Malaysia " Katanya dan untuk membangun Sabah dan Sarawak demi menyamai apa yang ada di Semanjung tentu memakan waktu dan memerlukan peruntukan yang banyak.

" Tapi bagaimana mahu membangunkan dan menunaikan keperluan rakyat jika dana yang harusnya digunakan untuk kepentingan rakyat sejumlah berbilion-bilion digunakan ke arah yang lain dan itu sebab saya bangkitkan agar syarikat 1MDB itu disiasat dan jika memang ada salahguna kuasa harus dibawa ke muka pengadilan" Katanya lagi.

Memang benar apa yang dikatakan sejak sekian lama menjadikan negara tidak menentu dan hutang negara kian membengkak dan rakyat hidup dalam keadaan susah.

" Tugas saya suarakan sudah dilaksanakan tetapi suara-suara saya itu dianggap konon mahu menjatuhkan seorang PM dan ini salah dan kesannya diambil tindakan, tetapi apa saja yang diputuskan tidak pernah saya kesali kerana jawatan bukan saya utamakan sebalik amanah itu lagi penting agar tidak menjadi beban di akhirat nanti" Tambah DS Shafie Apdal lagi.

" Saya ini rakyat yang pilih dan Allah izinkan dan sekarang terserah sama rakyat dan biarlah rakyat yang menentukan dan itu sebab saya katakan biarlah semuanya dikembalikan kepada rakyat dan biarlah rakyat yang menentukan segalanya nanti" Jelasnya lagi dan serentak itu DS Shafie Apdal mengharapkan rakyat bijak membuat pilihan di PRU14 akan datang.