MP SANDAKAN SARANKAN KERAJAAN TIDAK HARUS BEKUKAN ASET MAJIKAN YANG AMBIL PEKERJA ASING II


OLEH: AZMIE AZMAN
Monday Sept. 19/2016

SANDAKAN:- Kerajaan tidak harus melakukan  pembekuan asset terhadap majikan  yang mengambil  pekerja  asing tanpa izin di Negara ini.

Walaupun dari segi ekonomi, DAP menyokong negara mengurangkan kebergantungan pekerja asing dan beralih kepada industri berproduktiviti tinggi berasakan pengetahuan.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata   demikian kepada media  disini kelmarin antara lain menjelaskan namun  proses tersebut mengambil masa yang panjang dan kerajaan haruslah memberi bantuan kepada majikan untuk memulakan peralihan, bukanlah melakukan penindasan terhadap industri dan majikan yang sedia ada untuk mengurangkan pekerja asing.

Wong berkata: “ Ini adalah tidak munasabah dan amalan yang tidak realistik... Pada masa ini, banyak industri masih memerlukan tenaga kerja, tetapi disebabkan sistem kuota di dalam dasar pekerja asing negara ini, ramai orang tidak dapat rekrut pekerja asing sah yang mencukupi dan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.”

“Hal ini memerlukan dasar untuk bekerjasama dan membantu satu sama lain, tidak patut membiarkan kemerosotan industri berlaku kerana ia tidak membantu kepada perkembangan ekonomi.”

Wong berkata demikian dalam kenyataan diterbitkan di Kota Kinabalu. Katanya, satu-satunya cara untuk mengurangkan pekerja asing yang tidak sah adalah menggalakkan orang-orang tempatan untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja yang berkenaan.

Beliau berkata: “Melainkan daripada menaik taraf industri tradisional dengan beroperasi jentera supaya rakyat boleh mendapatkan pendapatan yang lebih banyak dan melibatkan diri dalam kerja teknik dan intelektual. Jika tidak, kita masih perlu bergantung kepada pekerja asing untuk kerja-kerja yang tidak dilakukan oleh warganegara.

Ini merupakan isu ekonomi, kerajaan haruslah pandang berat dan mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya.”

Katanya, beliau telah mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen, merujuk kepada kesukaran utama yang dihadapi oleh ladang kelapa sawit, kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan kerja-kerja ladang kelapa sawit dan oleh sebab itu, mewujudkan keperluan terdesak untuk membawa pekerja asing yang banyak untuk memenuhi kekosongan kerja-kerja tersebut.

Wong berkata: “Oleh itu, kerajaan haruslah mewujudkan pelan jangka panjang sementara memberi kelonggaran membolehkan pekerja asing untuk mengisi kekosongan kerja semasa supaya melalui penaiktarafan industri, rakyat boleh mencari pekerjaan dan pendapatan yang lebih lumayan, ini merupakan cara win-win.



 Abaikan mana-mana pihak atau menindas mana-mana pihak adalah tidak membantu kepada perkembangan ekonomi.”