SELAMAT MERAYAKAN HARI MALAYSIA KE 53 PADA JUMAAT SEPT. 16.2016


OLEH: SORAYA KIGIS
Jumaat Sept. 16/2016

1.PEMBENTUKAN Malaysia menyambut hari ke 53  hari ini  dan pada usia ini bagi seorang insan telah cukup dewasa apa tak lagi meniti sejarah negara dalam situasi sukar dan senang.
 
2.Rakyat Malaysia kekar dan kental di belakang pemimpin untuk menghadapi setiap aral dan rintangan yang dihadapi negara dari zamam konfrontasi hingga era komunis rakyat terus bersetia tanpa keluhan apa lagi menyerah kalah hanya berserah pada takdir.


3.Ujian demi ujian sudah lumrah adat dunia apalagi era globalisasi dan zaman pasca moden rakyat telah beberapa kali hadapi kemerosotan hidup dan ekonomi negara adakala memberansangkan atau disebaliknya tetapi rasa ├žinta pada tanah air semuanya dapat diatasi akibat kerajaan dan rakyat saling sandar menyandar.

4.Pemimpin bangga kerana rakyat dapat menikmati jerih payah usaha sama dan meletakkan negara dipersada dunia sebagai negara dinamik berdaya maju dan dihormati serta juara negara dunia ketiga menjadi sandaran dan rujukan atau role model mereka.

5.Akibat kejayaan ini pemimpin terpukau dan rakyat mulai dilupakan dan polisi kerajaan pun turut berubah pada dulu kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan dan kebajikan mereka tetap terpelihara dengan menyediakan berbilion ringgit subsidi tetapi itu sudah berlalu, malahan beban GST amat terkesan dalam kehidupan rakyat jelata hari ini kerana memberi penekanan negara berpendapatan tinggi.

6.Hubungan Timur Barat Malaysia bukan bertambah baik dalam jejak 53 tahun berlalu tetapi semakin parah masih kedengaran di sana sini tuntutan dan minta kesamarataan agihan pendapatan dan jurang kemajuan dan lebih parah lagi MA63 masih di peringkat perbincangan, walaupun melangkaui lima dekad umpama "rumah sudah siap pahat masih berbunyi".

7.Kini Malaysia berada di suatu persimpangan yang getir. Kita berhadapan dengan suatu krisis yang parah. Kos sara hidup rakyat kian meningkat. Harga barangan keperluan harian semakin mahal. Nilai ringit rendah. Pendapatan rakyat terjejas dengan suasana ekonomi yang suram.

8.Mari kita tanamkan semangat dan jati diri untuk menghadapi kemelut negara ini melalui pengalaman yang lalu sehingga meletak kembali Malaysia di kedudukan kukuh dan teguh.
SELAMAT HARI MALAYSIA KE 53