MARINA......ZAHID SEHARUSNYA BERBAHASA MELAYU DIPERSIDANGAN PBB

OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN
Friday Sept. 30/2016

KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai komen mempersoalkan kebolehan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertutur Inggeris susulan tersebar video ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini, Datin Paduka Marina Mahathir menasihatkan pemimpin Malaysia yang tidak fasih bahasa itu memilih berucap dalam Bahasa Melayu.

 
Anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad itu memberitahu portal The Sabah Insider Online sekiranya mahu juga berucap dalam bahasa Inggeris, mereka perlu menghadiri kelas meningkatkan penguasaan bahasa itu.

Marina mengulas pelbagai kritikan terhadap timbalan perdana menteri itu selepas klip video ucapannya pada sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung PBB di New York mula tersebar sejak semalam.

Zahid dilihat menghadapi kesukaran menyebut beberapa istilah Inggeris ketika ucapan itu, dan juga tersilap merujuk Datuk Seri Najib Razak sebagai “presiden Najib”.

Marina berpendapat Zahid sepatutnya memilih berucap dalam Bahasa Melayu.

“Ahli politik perlu tahu mereka ada pilihan berucap dalam Bahasa Melayu,” kata Marina, yang berkata ucapan itu akan diterjemahkan.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pihak yang mengkritik kebolehan Zahid bertutur bahasa Inggeris.

“Beliau mencuba,” katanya. “Cuma beliau berucap pada pentas yang besar,” tambahnya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga berpendapat Zahid sepatutnya memilih berucap dalam bahasa kebangsaan contoh Republic of China, Jepun-Korea dan Indonesia di mana Presiden atau wakil Presiden dari negara-negara tersebut mereka menggunakan bahasa ibunda mereka semasa berucap di sidang PBB apalah kalau Malaysia ikut macam negera-negara yang dimaksudkan itu.

"Daripada berbahasa Inggeris orang tidak faham sehingga jadi isu besar seluruh dunia atas kelamahan pemimpin UMNO/BN Malaysia bertutur dalam bahasa Inggeris" katanya.