MARAH-MARAH ITU PERANGAI SETAN (SYAITAN)



OLEH: NURLIYAMA ABDULLAH (Friday September 02/2016)

PERTAMANYA selamat hari merdeka dan mudah-mudahan hari-hari atau tahun selanjutnya membawa keberkatan dan doa Allah selalu lindungi negara bangsa kita dan diharapkan seluruh rakyat perlbagai bangsa dan beza agama terus aman bahagia dan makmur.

Kali ini mudah saja isu saya bangkit iaitu marah-marah.

Kata ulama/yang bijak pandai-pandai  termasuk Sabda nabi bahawa marah itu perangai syaitan dan syaitan suka sangat orang marah sebab marah itu dikaitkan dengan api dan api itu kejadian asalnya syaitan.

Baik di pejabat atau di rumah, sikap marah itu memang tidak baik bukan saja tidak disuka oleh teman2 malah kawan-kawan  atau suami menjadikan suka menjauh dan kekadang lebih baik makan kedai mamak sambil menerima senyuman sumandak manis memikat hati dan ini antara sebab-sebabnya suami tidak suka berada di rumah sebab rumah terasakan bak ada duri atau semacam neraka.

Jika pekerja yang restoran atau di hotel marah-marah kepada pelanggan, maka pelanggan akan mengambil keputusan tidak akan datang lagi dan kesan tauke akan kehilangan pelanggan dan ini cukup merugikan dan itu sebab ada slogan " Pelanggan itu selalu benar" meski hakikatnya pelanggan salah.

Saya terbaca satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh HR MUTTAFAQUN ALAIH bahawa katanya Nabi pernah bersabda kononnya seorang wanita yang menghormati suaminya dan tidak menyusahkan akan mendapat keuntungan dan makmur.

Nah, berdasarkan sabda itu harusnya kita selalu mengubah sikap, sabar dan tabah menghadapi apa saja yang datang tidak menyenangkan hati.

Mengelakkan sikap marah-marah, maka ini dapat menghasilkan pekerjaan yang terbaik, malah sikap itu juga bukan saja dapat mengharmonikan teman sesama kerja dalam satu organisasi, malah rumahtangga juga mendapat keberkatan dan penuh kasih sayang.

Barangkali cara-cara untuk menuju tidak marah bolehlah saya katakan di sini antaranya ialah berlindung kepada Allah SWT atau berwuduk atau mandi.

Seperti saya katakan yang marah itu berasal dari syaitan dan syaitan diperbuat daripada api. Dan api hanya dapat dipadamkan dengan air.

Oleh kerana itulah apa bila seseorang di kalangan kita marah, maka berwuduklahm atau segeralah mandi. Insya Allah Syaitan akan lari dan rasa marah segera hilang.
Salam merdeka