PENDUDUK KG SABANG, LOK BUTAH DAN MADAS BAKAL DIHALAU?

( apa tindakan YB Jumat/Tak kan diam membatu?)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Wednesday Sept. 28/2016

SAYA menerima laporan dan dikatakan penduduk di kampung Sabang, Lok Butah dan Madas di kawasan Karambunai konon bakal dihalau.

Jika kenyataan itu benar, maka mereka akan menjadi pelarian dan tanah-tanah di situ seperti dirancang bakal diambil dan di mana lagi mereka mahu membina rumah?

Perkara semacam ini memang sudah biasa dilakukan dan memang ada yang dihalau tanpa persediaan dan yang di ketiga kampung berkenaan kena siap sedia menerima bala kesan ada yang usaha meraih keuntungan.

Dikatakan wakil rakyat Karambunai telahpun berbincang dengan Datuk Yong Boon Hai yang kawasan ketiga kampung itu dijadikan perumahan mewah. Apakah ini kenyataan?

Menurut yang saya diberitahu kononnya sudah ada perjanjian dan pihak DBKK dan perjanjian telahpun ditandatangani dan seterusnya yang berkenaan mengemukan syor kepada PRIMA untuk perkongsian pintar membena perumahan yang akan dijual sekitar sejuta ringgit setiap unit.

Kononnya lagi surat tawaran sudah dikeluarkan dan premium telah dijelaskan tetapi yang anehnya konon ketua menteri tidak tahu perkara yang diperkatakan itu. Apakah ini benar?

Kalaulah memang terjadi demikian, jelas kemungkinan ada wakil rakyat yang bakal mendapat keuntungan besar kesan program berkenaan dan akhirnya penduduk di ketiga kampung itu bakal menderita dan sengsara.
 
Kes ini memerlukan siasatan dan penduduk di ketiga kampung harus bertindak cepat untuk mengelak mereka jadi mangsa kesan ada yang usaha mendapatkan untung atas penderitaan rakyat.